Bateri BlackBerry Jadi Kembung

5:41 PTG

Semalam aku baru perasan yang cover belakang henfon kesayanganku, BlackBerry ni macam ada yang tidak rapat walaupun dah tekan dengan elok. Hairan juga pasal ape cover belakang tidak rapat. Aku ingatkan mungkin ada bahagian yang patah tapi bila buka saja cover bahagian belakang, aku dapati Bateri BlackBerry Jadi Kembung a.k.a buncit


Walaupun buncit tu takde nampak terlalu buncit tapi bila diraba pada permukaan atas bateri akan rasa bahawa bateri tu ada gelembung di bahagian tengah. Memandangkan bateri ni takde sampai tahap buncit yang keterlaluan jadi aku ubah sikit kedudukan bateri tu supaya cover belakang boleh masuk dengan baik tanpa ada sebarang cacat cela. Kawan aku pernah kena situasi macam ni juga sampaikan bateri henfon dia dah tak dapat nak muat kat bahagian belakang tu akibat terlalu buncit.


Please jangan la buncit lagi wahai bateri. Aku malas nak keluarkan duit untuk membeli bateri baru. Sila bertahan sampai akhir semester ini kerana segala budget sudah habis dan blog ini juga sudah aku buang semua iklan yang menjana pendapatan. Lepas ni kena bawak bateri pergi bersenam supaya buncit tu jadi kempis balik. Lullzzzz

You Might Also Like

8 ulasan

  1. oh tidak jangan tukar lg. takde duit

    BalasPadam
  2. tuan dia banyak bagi makan sangat kot (:

    BalasPadam
  3. memang akan kembung kah bateri bb? aih scary...

    BalasPadam
  4. syahada : dah suruh tp buncit juga

    adfeez : haha minum air pulak

    shiema : tuan die x bagi makan pape pon

    nmh : tak tau tp kwn2 pon ada brlaku mcm ni

    BalasPadam
  5. terlebih cas kot..tu yg buncit..huhu~

    BalasPadam