Nasib Fresh Graduate Dalam Bidang Kerjaya

6:09 PTG

Alhamdulillah 17 Disember 2013 status aku dah bertukar dari Jobless Kepada Berkerja. Seronok ? Mula-mula tu memang la seronok sebab chapter baru dalam hidup bakal bermula dan tanggung jawab baru bakal dipikul.

Tapi macam fresh graduate lain, aku pun menerima nasib yang sama apabila pertama kali memasuki alam perkerjaan iaitu underpaid ataupun senang bahasanya gaji kecik.

Seperti yang kita sedia maklum di Malaysia, fresh graduate yang cemerlang dalam akademik dan temuduga pun tak ramai yang mampu mendapat perkerjaan yang dibayar dengan gaji 3k dan keatas.

Kebanyakannya gaji untuk fresh graduate di Malaysia yang ditawarkan adalah 3k dan kebawah. Kalau tak percaya cuba la buka mana-mana iklan jawatan kosong, nanti nampak hakikat yang berlaku sekarang. 

Kalau nak gaji sedap sudah tentu kena masuk bidang Oil and Gas tapi dalam masa yang sama kena korbankan masa enjoy. Kalau sanggup, go on je dan tak perlu fikir banyak. Janji masyuk.

3 Bulan Yang Struggle



3 bulan pertama kerja memang aku struggle untuk survive. Gaji ? Masih lagi cukup walaupun kecik siap boleh buat saving lagi, bagi mak ayah, bayar kereta dan balik kampung ( Ampang - Terengganu ) tiap bulan dengan drive walaupun harga minyak dah memang mahal masa tu. 

Masa tu aku rasa kesilapan utama aku adalah membeli kereta terlalu awal. Dengan ada kereta, kos minyak dan maintenance lebih mengheret aku kearah struggle. Tapi dalam masa yang sama, aku tak boleh menunggang motorsikal disebabkan mak ayah tak bagi kebenaran.

Itu pun nasib baik aku beli kereta yang paling murah di Malaysia. Fresh grad nak pakai kereta besar ? Well itu bukan aku. Dengan nilai kereta yang semakin susut setiap tahun, lebih baik aku merancang untuk simpan dan melabur pada tempat yang boleh memberi pulangan.

Dari segi makan minum, pakaian semua cukup. Yang tak cukup adalah untuk sedikit keseronokan.

Yang dimaksudkan keseronokan bukan pergi enjoy parti tak tentu hala. Menikmati makanan yang enak, jalan-jalan sambil tenangkan fikiran tu pun dikira keseronokan dan dalam masa 3 bulan pertama aku tak dapat menikmati semua tu.

Peringkat Keselesaan



Aku pernah berkongsi dengan mak struggle yang aku hadapi dan bagaimana nak tangani. For me, my mum memang pandai dalam menguruskan kewangan. 

Nasihat mak adalah supaya aku bersabar dan merancang perbelanjaan. Yes aku baru saja 3 bulan kerja dan kalau 3 bulan saja dah tak boleh sabar dengan dugaan macam ni, bagaimana pula akan datang yang penuh dengan cabaran.

Hasil ikut nasihat mak, aku mampu harungi 3 bulan yang struggle tu. Selepas 3 bulan aku diterima sebagai permanent staff dan tempoh percubaan pun dah habis.

Dari situ ade kenaikan gaji dan untuk bulan yang akan datang sudah boleh buat overtime. Sedar tak sedar, aku pun rupanya sudah keluar dari struggle zone. 

Tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terlalu selesa dan lalai dalam menguruskan perbelanjaan. Bimbang nanti akan kembali memakan diri.

Melakukan Partime

Aku ada terfikir untuk melakukan kerja sampingan dalam mencari pendapatan tambahan sebagai backup kepada pendapatan utama.

Banyak yang terfikir dan modal untuk laksanakan pun dah ada hasil kumpul duit gaji 10 bulan kerja. Cuma buat masa ni hanya kekangan masa saja.

Sekarang ni aku kerja shif, bulan depan pagi, bulan seterusnya mungkin malam dan bulan akan datang mungkin petang. Boleh dikatakan pertukaran shif tak menentu pada setiap bulan. Jadi hal ini serba sedikit menganggu perancangan aku untuk melakukan kerja sampingan.

Kalau boleh aku mahukan waktu kerja yang biasa, 5 hari kerja dan cuti sabtu ahad. Dengan adanya waktu free yang tetap, baru aku boleh teruskan dengan kerja sampingan.

Ok la rasanya panjang sangat aku tulis untuk post kali ni. Nanti aku kongsikan lagi apa-apa yang aku alami dalam tempoh 10 bulan ni.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. 3 bulan je?aku 6 bulan.

    aku beli kete pon lepas 8 bulan keje,byk komitmet dh lepas ade kete ni..tu belom kawen lagi.

    BalasPadam
  2. Lama saya tak ke sini, kali terakhir masa Freaky masih student di UniMaP.
    Alhamdulillah Freaky dah dapat kerja, dah keluar dari struggle zone. Tapi dunia pekerjaan tak kenal zon selesa, welcome to challenging zone!

    Zaman saya dulu kalau graduan baru masuk kerja gaji starting baru sekitar RM800. Harga kereta baru ketika itu ialah sekitar RM15,000, semua kereta Eropah, US dan Jepun, kereta Malaysia, Korea dan China belum ada di pasaran...

    BalasPadam
  3. aku bulan pertama dah pakai keta....keta sedia ada pom x hbs byr lagi..jd kena byr 2 bijik keta...gaji x yah ckp memng x cukup..terpaksa bergantung dgn ot dan kerja blogging...alhamdulillah income blogging dah boleh cover duit kereta yg dekat 1k tuh tiap2 bulan..gaji kerja boleh simpah dah bg kat mak....inshaAllah kalau kita pandai manage semua cukup...pernah baca kisah brader yg viral kat sosial dulu...aku x igt tajuk apa kisah barder tu tp memng memberi motivate utk aku terus bersyukur dgn apa yg ada..

    BalasPadam
  4. boleh ambil pengajaran ni.. btw, jangan lupa selalu rujuk puan mak untuk dapatkan lebih banyak tips :D

    BalasPadam
  5. azi : 6 bulan ? lame gile. aku 3 bulan pon rasa lame sangat. haha


    JR : betul tu, challenging zone sentiasa akan menemani sekarang ni. Kena tabah dalam menempuhi cabaran. Kan bagus kalau harga kereta sekarang sama macam zaman JR dulu.


    Faizal : Aku byr kete x sampai 500 pon dah semput. kalo 1k utk byr kete mmg menangis la aku jwbnye. huhu. kisah viral brader pasal gaji 2k tu ke ? Aku pun tak pasti kisah yg mane.


    Tia : kene amik pengajaran ni. Nanti dh habis belajar nak keje tau. hehe mak sentiasa bg tips walaupon x minta.

    BalasPadam
  6. Ada rakan yg masih belum dapat kerja ... agak susah rupanya nak cari kerja walaupun berkelulusan. Ada rakan yg pengalaman pun agak susah juga untuk dapat kerja.

    BalasPadam
  7. memang susah nak cari kerja. walaupun pengalaman banyak tapi ade certain kriteria yang company mahu ada pada calon.

    BalasPadam