Ahad, 2 November 2014

Perancangan Bulan November 2014

Perancangan Bulan November 2014 tidak segempak dan tidak terlalu boros seperti bulan Oktober yang lepas. Kalau refer pada post aku mengenai bulan lepas, satu perancangan yang aku terpaksa tangguhkan sementara waktu adalah mengenai tukar smartphone.

Sebab ditangguhkan adalah faktor kewangan yang mana terpaksa berjimat sementara kerana aku ada perancangan lain pada bulan Disember nanti. Jeng jeng jeng !!!

Biarkan dulu hal mengenai bulan Disember, aku akan ceritakan semuanya di bulan depan. Untuk bulan November ni, berikut adalah perancangan aku :

1. Balik Kampung

Hari raya haji dah balik, jadual seterusnya untuk aku pulang ke Besut, Terengganu adalah pada hujung bulan 11 ni. Balik tiap bulan la baru dinamakan Hardcore, kalau tiap minggu dinamakan Insane. Disamping balik kampung untuk tenangkan fikiran dengan menikmati masakan emak dan menghadap anak saudara yang kecik lagi comel yang bakal mencecah usia 1 tahun, tujuan utama balik kampung ni adalah untuk bincang dengan keluarga mengenai perancangan bulan 12. 

2. Hari Lahir Anak Sedara

Anak sedara aku  akan mencecah usia 1 tahun bulan november ni. Jadi aku bercadang untuk beli hadiah dan sambut birthday dia walaupun dia masih tak faham mengenai sambutan hari jadi. Ha ha ha. Cumanya untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ni aku tak tahu nak belikan hadiah apa. Tengah fikir hadiah yang sesuai tapi masih tak dapat idea. Kalau korang ada idea, jangan lupa tinggalkan cadangan di ruang komen. Nanti senang aku decide untuk beli hadiah.

3. Tidur Awal

Jadual kerja aku untuk bulan ni adalah shif pagi, mula masuk kerja pukul 7 pagi dan habis 4 petang. Bulan-bulan sebelum ni shif petang dan malam yang mana sangat enjoy walaupun jadual tidur aku agak sedikit lari.

Jadi bila dah kena shif pagi dan masuk pukul 7, sejam sebelum tu aku dah kena bangun, mandi, solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja. Kalau bangun kena awal, tidur pun kena juga awal supaya bila sampai ofis dan buat kerja nanti tidak akan rasa mengantuk serta boleh fokus sampai waktu lunch hour. Lepas lunch hour biasanya rilek sikit dan kerja pun tak bertimbun sangat dah sebab boleh pass ke orang shif petang.

4. Buat Passport

Sepanjang 24 tahun hidup, ini baru kali pertama aku nak buat passport. Bagi yang selalu travel luar negara memang dah lazim renew passport tapi disebabkan aku bukan jenis yang suka travel memang tak penting pun passport sebenarnya. Buat ni pun untuk cukup syarat. Kalau nak pergi jalan-jalan senang sikit. Tak perlu kalut nak buat passport bila dah emergency nanti.

Setakat ni hanya 4 perkara saja ada dalam perancangan aku. Kalau ada pertambahan, akan diceritakan dan dikongsi dalam post sepanjang bulan ini.

Comments
2 Comments

2 ulasan:

zarulfarhana berkata...

beli permainan la kalau 1 years.. kalau saya lebih suka beli baju la utk ank buah

Freaky berkata...

zarulfarhana : tengah fikir nak beli permainan yang sesuai untuk kanak2 1 tahun. huhu

 
Related Posts with Thumbnails