Selasa, 18 November 2014

Tak Dapat Beli Kek Blueberry Cheese


" 1 slice tak jual, kalau 1 biji tu ada ". Itu kata salah seorang pelayan Secret Recipe masa aku tanya mengenai kek blueberry cheese waktu petang tadi.

Dan ini sebenarnya kali ke 4 aku kunjungi secret recipe dalam 2 minggu semata-mata untuk mencari kek blueberry cheese. 4 kali tu juga aku dikecewakan. 

Nak tak nak pilih juga kek lain walaupun niat asal aku adalah hanya untuk membeli kek yang aku idamkan.


JOM BACA : Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian


Aku pun tak faham kenapa kek tu tak dijual secara slice tapi hanya dijual secara sebiji. Sebiji kek yang bulat tu harga rm 80 ++ tapi bukan hal duit aku kisahkan cumanya siapa nak habiskan sebiji kek yang besar tu.

Kalau aku di kampung memang aku selalu beli sebiji kek. Yang akan makan adalah aku, adik beradik, mak, ayah. Kira berbaloi la juga 5 orang makan sebiji kek.

Sebiji kek kalau aku sorang je yang makan memang montel la jadinya tambahan lagi memang aku suka dengan kek.

p/s : Gambar tu kek New York Cheese. 

Comments
2 Comments

2 ulasan:

Azrin Rahim berkata...

alah siannya..
apa kte klo dh mgidam sgt tu bro, beli jer sebijik.. hehehe

Freaky berkata...

kek ni kalau dapat 1 slice dah boleh cover ngidam sampai 4,5 hari. Kalau 1 biji saiz besar tu memang jenuh la nak habiskan sorang diri.

 
Related Posts with Thumbnails