Jobless Kepada Berkerja

12:30 PTG

Dari bulan 6 waktu habis belajar sampai bulan 9 tahun lepas, aku berada dalam status jobless berjaya. Masa tu ade la jugak cari kerja tapi takde bersemangat pon sebab baru habis belajar dan memang ingat nak bersantai dulu beberapa bulan sebelum masuk alam kerja.

Kemudian bulan 9 aku graduasi. Kalau tak silap tarikhnya 21/9/2013 kot, aku telah selamat grad sebagai graduan kejuruteraan rangkaian komputer dari Universiti Malaysia Perlis. Haaa ni gambar aku masa grad bulan 9 tahun lepas. Hensem kan ? kakaka


Lepas je grad sampai hujung bulan 10 masih lagi dalam mood honeymoon dengan diri sendiri sampai la mak kat rumah pon dah bising suruh aku cari kerja bersungguh sikit.

Bila Mak pon dah bising jadi aku pon mulakan pencarian kerja melalui internet. Banyak jugak minta tapi yang balasnye sangat sikit tak sampai 7 pon. 3 tawaran temuduga aku tolak sebab deskripsi kerja macam tak berapa kena dengan bidang aku walaupun ade la sikit yang berkaitan.

Lagi 3 tawaran aku buat keputusan hadiri temuduga. 2 tempat di shah alam dan 1 tempat di Ampang.

Selang beberapa minggu lepas hadir temuduga ( dalam 2 minggu kalau tak silap ), aku dapat call ditawarkan untuk berkerja di salah satu syarikat di Ampang. Masa tu syukur sangat-sangat dapat tawaran kerja dan terus je terima tanpa fikir panjang sebab aku sendiri pun tak sangka akan dapat.

Jadinya pada 17 Disember 2013, aku secara rasminya tanda tangan dokumen dengan syarikat tersebut dan bermula cerita baru dalam hidup aku. Cerita zaman belajar tak sama dengan zaman kerja. Nanti aku cerita lagi ye.


You Might Also Like

2 ulasan

  1. Patutlah lama tak nampak... nanti kalau boleh citer sikit pasal experince kerja(gaji,cgpa,etc).. dan nasihat kepada bakal graduate

    BalasPadam
  2. insyaAllah kalau sempat, akan diselitkan sekali dalam post akan datang.

    BalasPadam