­

Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian

7:21 PTG


Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian merupakan persoalan yang selalu timbul dalam kepala aku masa beberapa bulan pertama kerja. Maklum la baru pertama kali dalam hidup dapat pegang duit yang banyak membuatkan aku jadi agak leka sampai majoriti duit gaji banyak dibelanjakan untuk makan dan membeli pakaian.

Mujur la juga banyak dihabiskan untuk makan dan pakaian dan bukan untuk membeli benda lain yang tidak ada fungsi. Tapi selepas beberapa bulan enjoy dengan terlebih sangat makan sampai naik berat badan dan juga almari dah penuh dengan pakaian, dah tiba masa untuk aku belajar mengawal belanja.

Ada beberapa cara yang aku buat demi mengawal perbelanjaan yang mana bagi aku agak berkesan dan mungkin korang juga boleh cuba.

1. Hadkan Perbelanjaan Harian

Setiap hari aku hadkan sebanyak rm 15 untuk dibelanjakan. Ini merupakan belanja untuk makan dalam sehari. Kalau nak ikutkan sebenarnya setiap hari makan tak sampai pun rm 15 tapi baki selebihnya akan dibelanjakan untuk makan dan enjoy pada hujung minggu.

Contohnya setiap hari aku belanja dalam rm 11. Baki rm 4 bila dikumpulkan selama 6 hari akan jadi rm 24. Jadi bila hujung minggu nak tengok wayang atau makan best sikit aku hanya belanja baki yang 6 hari tu tanpa keluarkan wang yang lebih.

2. Kategorikan Jenis Perbelanjaan

Dengan mengkategorikan jenis perbelanjaan, senang untuk mengawal aliran wang pada setiap bulan. Dalam hal ini, kena pandai asingkan part belanja makan, belanja minyak, belanja untuk membeli belah & enjoy, dan juga simpanan.

Selepas dah asingkan setiap part, baru boleh limitkan dan assign jumlah yang perlu untuk dibelanjakan pada setiap kategori perbelanjaan. Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya terlebih belanja bagi part yang tertentu.

3. Rancang Awal Perbelanjaan

Salah satu lagi cara untuk elak dari Overspent adalah dengan merancang. Setiap kali hari gaji, aku akan tulis atau catat perancangan awal untuk bulan akan datang. Aku akan tulis apa yang ingin dibeli pada bulan ini dan apa yang perlu dan juga apa yang perlu ditangguh.

Dengan cara ni, aku dah tetapkan target supaya diri hanya belanjakan wang pada benda yang sudah dicatat. Kalau tiba-tiba ada item yang berkenan dan ingin dibeli, item tersebut akan dicatat sebagai target untuk bulan seterusnya.

4. Pastikan Dalam Wallet Tidak Mempunyai Wang Yang Banyak.

Aku pernah terbaca pasal artikel menguruskan belanja dan dalam artikel tu ada petik mengenai memastikan jumlah wang yang sedikit di dalam beg duit. Dengan mempunyai wang yang hanya cukup-cukup makan dalam beg duit, kita akan automatik ada perasaan mengawal perbelanjaan. 

Walaupun ini hanya mainan psikologi sahaja tapi aku dah mencuba teknik ini dan agak berkesan.

Setakat ni, beberapa cara yang aku mention kat atas merupakan apa yang aku lakukan dalam mengawal aliran wang belanja. Alhamdulillah agak berkesan dan rasa terurut sikir kalau nak dibandingkan dengan awal-awal kerja hari tu.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. ZArulfarhana : perancangan penting. Laksanakan pun penting jgk. jangan rancang saja. hehe

    BalasPadam