Wednesday, October 19, 2011

Smart Casual Atau Formal Casual ?

Pagi tadi semasa on the way pergi kelas bersama kawan, aku ada ternampak seorang mamat memakai pakaian yang formal seperti menghadiri kelas semasa zaman matrikulasi cuma yang bezanya tali pinggang dia warna putih dan nampak ada sedikit tarik disitu. Oh ya matrikulasi diwajibkan pakai baju formal seperti dalam gambar di bawah :

Kawan aku dah pandang pelik kat mamat  tu dengan pakaian yang dipakainya. Bagi kami sebagai pelajar UniMAP ( Universiti Kejuruteraan ) untuk melihat pelajar pakai formal siap dengan seluar slack yang licin itu agak pelik kerana 99.99% pelajar lelaki UniMAP memakai smart casual macam dalam gambar dibawah :


Sempoi kan pakaian pelajar lelaki UniMAP ? T-shirt + jeans + jacket = cool . Engineer memang kena pakai sempoi dan tak perlu sampai nak berseluar slack dan juga tali leher. Bukan saja pelajar yang pakai sempoi macam ni. Pensyarah dan staff juga kebanyakannya pakai seperti pelajar.

Dulu masa zaman matrikulasi yang penuh dengan nerd memang bangga dan rasa sangat segak dapat pakai formal siap dengan tali leher lagi. Tapi aku tak pernah pun nak pakai dengan kemas dan selalu je biarkan tali leher tidak rapat dengan kolar baju.

Bila masuk alam universiti, dah takde pakai lagi formal dan bertali leher dan aku sendiri pun dah jadi tidak berminat dengan pakaian macam tu. Sebenarnya pakaian formal tidak sesuai dengan aku sekarang kerana perut aku buncit sikit.

Heyy Buncit is sexy ok ?


Kita lari topik sekejap dan cakap pasal buncit pula. Terdapat banyak quote mengatakan Buncit itu seksi. Betul ke memiliki perut buncit ini seksi ? Erkk... erk.... yang ni aku rasa better tanya kepada kaum hawa mengenai pendapat mereka pasal lelaki perut buncit. Honestly aku sendiri sebagai lelaki tidak menyukai rupa perut buncit dan sebab itu la aku dalam proses nak kempiskan perut.

Apabila memiliki perut yang buncit, baju yang smart dan nampak elok pun boleh bikin spoil dengan ada bonggolan yang besar umpama mengandungkan anak beberapa bulan kat perut tu. Thanks God perut aku tidak la buncit melampau dan aku masih boleh pakai T-shirt biasa tanpa nampak ada bonggolan di bahagian perut.

Enough with buncit things dan aku dah rasa agak spoil dengan perut buncit. Tapi kalau dengan perut buncit boleh dapat girls yang hot stuff, apa salahnya memiliki perut buncit kan ? Untung la kepada lelaki yang perut buncit tapi dapat girl yang smoking hot and sexy doxy.

My Gf  memang smoking hot pun dan yang paling pentingnya adalah she's not sexy. Seksi yang dimaksudkan disini adalah mendedahkan tubuh badan. Biasanya girls yang kelihatan hot apabila mendedahkan tubuh badan sebenarnya kelihatan sangat tidak hot apabila they covered up their body. Since mereka tidak hot dan tiada pakej lain lagi maka mereka terpaksa dedahkan badan supaya market mereka melonjak naik di pasaran Wall Street Lelaki. This is a true fact created by me just now.

Ok sudah cukup aku melencong daripada tajuk asal post ini. Kembali kepada Smart casual atau Formal Casual, now aku lebih prefer untuk memilih smart casual kerana lebih sesuai dipakai apabila melakukan pelbagai jenis aktiviti. Yang Formal casual tu untuk kerja pejabat dan duduk dalam air-cond 24 jam baru la sangat sesuai.

Formal casual memang kelihatan sangat smart dan segak tapi perwatakan aku lebih sukakan sesuatu yang agak simple dan selekeh sikit. Ia kelihatan sangat menarik dan natural apabila memandang lelaki yang pakai t-shir dan jeans berbanding seluar slack + tali leher + baju kemeja.

p/s : Perempuan suka tengok lelaki pakai Formal casual atau Smart Casual ?
Comments
8 Comments

8 comments:

Ezad Skytech said...

sebenarnya rimas pakai formal casual ni..nak pakai2 tali leher bagai...tapi time aq belajar dulu mmg kena pakai formal...haha~

anamizu said...

aku suka DUA-DUA..
depends pd situasi la..
kalo pakai kena masa,
mmg aku terkesima
gila la tengok =P




luv,
cik ana

Lyana M said...

sy kan perempuan,
pd pndapat sy,
ada masa-masa,
formal casual tu sesuai la.
tapi kalau nak dating dgn awek pun pky pakaian formal,
mmg tak la kan.
:D

SoLy SoLicious said...

prefer smart casual ..hehee

IMANSHAH said...

erk, aku memng xnk prot buncit wei

SITI NOORNADIYANA said...

suka smart casual. :P

aPIP said...

aq blajar hotel management hari2 g kelas kne pkai baju formal casual, tie,sluar slack, siap vest..haha.. mmg mula2 dulu x blh trima last2 trpaksa r kn.. kdg2 kne pakai bowtie tu yg xblh trima.. XD

shah Blogger said...

xde org gelakkan dia eik? ke bdk baru? hahaha

 
Related Posts with Thumbnails