Selasa, 4 Oktober 2011

Murid Kena Cubit Pun Masuk Akhbar. Looser !!

Kota Bharu – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.

Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.
Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.

Baca Selanjutnya <<<

Status : SARCASM + TROLLING Activated... he he he

Oloh doh la jadi kat Kelate lepah tu masuk paper kosmo pulop sebab keno cubit dengan cikgu. Biaso la tu keno cubit sampai lebam. Aku dulu zaman skoloh darjah 1 lagi keno cubit kat perot sampai nok berdaroh dekat bahagian keno cubit tu. Tapi takdop la sampa nok royak ke mok sebab keno cubit.


Kembali ke loghat biasa. Sekarang ni banyak sangat kes yang masuk paper pasal cikgu cubit pelajar, cikgu rotan pelajar, cikgu penampar pelajar dan bla bla bla. Semuanya nak tunjuk yang cikgu salah dan berlaku sangat kasar dengan anak murid.


Pada hal ibu bapa tak tahu betapa dungu dan  bodohnya anak mereka di sekolah sebab itu  anak mereka layak dapat penampar, cubitan, rotan dan hukuman lain lagi. Aku dulu siap kena penampar dengan buku lagi kat muka tapi takde la sampai nak beritahu mak bahawa cikgu penampar menggunakan buku.


Sebab aku tahu yang bodoh dan dungu adalah aku juga sebab tak buat kerja. Tu pasal kena penampar dengan buku sampai kebas muka. LOL memang tak boleh lupa kejadian tu. Start daripada tu, semua kerja sekolah cikgu tu aku siapkan sebab tak nak kena penampar buku lagi. ha ha ha


Fakta :


Kids nowaday sangat manja. Kalau dulu kat asrama junior kena buli mana ada report pada cikgu atau warden. Sekarang ni junior kena buli basuh baju pun dah report kat warden. Demn !! bapak manja.


Maybe next few years apabila cikgu tengking dan marah kepada pelajar dalam kelas pun boleh masuk akhbar :


Berita Panas : Guru tengking pelajar sampai terkencing. ( Damn LOL )

 Ok cukup sudah edisi trolling kali ni. Entah la aku tak tahu nak cakap macam mana sampai isu begini pun boleh keluar paper. Ibu bapa masa mereka sekolah dulu pun pasti ada je kena cubit / penampar / denda dengan cikgu. Takkan la itu pun tidak dapat nak fikir.

Comments
8 Comments

8 ulasan:

azrijohan berkata...

feewiitttt,
Freaky bakal menggantikan Obefiend
main troll je...peh

aimie amalina berkata...

huuuu
budak skrg manje bebenoooo

anamizu berkata...

semua nk masuk paper..
hape daaa :P




luv,
cik ana :)

faridah eizzati berkata...

huhu...memang looser! L hahaha
mengada-ngada budak tu...

SoLy SoLicious berkata...

kite pernah je kene rotan smpai lebam, xde la pulak msuk paper...rase mnyesal lak xreport paper..hahahaa

Ezad Skytech berkata...

aq pernah kot kena rotan guna pembaris yang besar tu masa sekolah rendah rendah...takde pon masuk surat khabar..haha~

wawa berkata...

mengadangada je lebih . dulu pernah kena lagi teruk dari tu takde pun nak masuk paper . mak bapak budak un satu . nak publisiti murahan je tu . ptuihh

Mohd Azrul Aziim berkata...

aku penah kena tampar guna selipar kot. Rileks ar. Takkan hari-hari nk kena belai, tatang je. Naik lemak la. Aku tau aku nakal dulu, so bila kena hukum kita sedar. Baru jadi orang..

 
Related Posts with Thumbnails