Jo Cendol Pulut, Changlun Sedap Ke ?

8:32 PTG

Petang tadi Aku ada keluar dengan teman wanita a.k.a gf untuk teman dia berjumpa dengan seorang kawan dari USM Pulau Pinang yang datang berjalan-jalan dan meronda ke negeri Perlis Indera Kayangan. Kayangan la sangat kan ?

Plan asal adalah untuk berjumpa di sekitar Padang Besar. Perghh bapak jauh. Aku tak berapa suka kalau travel jauh sebab mudah habis duit. Demn !! mati la aku kalau aku nampak barang-barang murah seperti baju dan seluar kat Padang Besar tu.

Ok intro post ni pun dah bunyi sangat bosan dan merepek. Baik aku skip forward terus untuk cerita pasal cendol pulut yang aku makan tadi. Kiranya lepas berjumpa dengan kawan dari USM tadi, dia ajak aku dan gf pergi makan Cendol Pulut kat area Changlun, Kedah.

Perghh jauh gila babeng. Babeng tak jauh gila macam tu. Padang besar ( hujung perlis ) - Changlun ( negeri kedah ). Nak tak nak aku kena pergi juga sebab gf yang drive kereta. Aku hanya bersantai je sambil tengok pemandangan luar. ha ha LOL Looser tahap dewa aku biarkan gf drive.

Lepas pusing dan pusing akhirnya sampai juga di kedai Jo Cendol Pulut kat Changlun tu. Kedai dia agak besar juga dan aku tengok tadi pun orang ramai sampaikan kami terpaksa cari meja yang besar sikit sebab nak muat 7 orang.

Kemudian brader yang ambil order pun datang tanya nak makan apa. Kami order 6 cendol pulut dan gf aku makan ABC je. Seketika kemudian cendol pulut pun sampai ke meja kami. Wahh gila pantas servis yang disediakan.

Bila aku pandang cendol pulut tu. Aku jadi sedikit hairan. Hurrm aku tertanya-tanya sama ada ini ABC atau cendol pulut kerana ais dalam tu dikisar seperti ABC gf aku. Biasanya aku makan cendol di area Kangar, Perlis aisnya seketul-seketul dan rasanya agak manis dan sedap bersantan.

Ahh peduli apa ais kisar atau ais ketul, aku dah lapar jadi aku makan je cendol pulut tu. Habis makan, aku hanya dapat memberi sedikit sahaja komen. Komen aku adalah seperti di bawah :

- First time makan cendol pulut ais kisar
- Sangat sedap. No wonder ramai orang singgah sini
- Cukup manis kena dengan taste aku
- Tak berapa nak pekat. Cendol Pulut Fatin Corner, Kangar lagi berlemak santannya
- Overall 4 Stars :)

Lepas makan aku pun bermonolog :

" Bodoh nak mampus aku lupa nak ambil gambar cendol tadi. Arrgghhh "


You Might Also Like

6 ulasan

  1. dekat dengan rumah aku ja tuu..haha.. dekat Napoh..

    BalasPadam
  2. Jo Cendol Pulut tu ... boleh la. Nk kata sedap sangat pun tak juga. Boleh dimakanlah.


    Cuma makanan goreng2 kat kedai nie je tak berapa sedap pada tekak saya. Mungkin tumpuan dia lebih pada cendol kot

    BalasPadam
  3. jauh tu kat chaglun..tak pernah try lagi...heee~

    BalasPadam
  4. pehhhhhhhhhhhfreaky wat entri ni
    menggamit memori ku di KMK dulu
    mang terbaik ah JO cendol changlun
    hehehe
    owg dr KL selalu sebelom p perlis singgah sini dulu
    heheh
    kat stdium aloq setaq pon ada satu
    waaaaaaaaaaaa
    rindunye nak pi changlun..hehehe

    BalasPadam
  5. monolg dalaman tu yang paling siot.. haha

    BalasPadam
  6. yang ais kisar la sedap ..
    sedap kita tak payah gigit2 ais..
    makan pun cepat sikir habis...
    kat situ ada tapai dak??

    BalasPadam