Blogger Perlu Belajar Daripada Wartawan

7:47 PTG

Blogger Perlu Belajar Daripada Wartawan walaupun sekarang ni hampir tiada beza antara wartawan dan juga blogger yang mahir. Malah ada ramai blogger yang mampu menulis artikel yang jauh beretika dan lebih menarik berbanding sesetengah wartawan. Namun bukan semua blogger mampu menulis macam tu. Rata-ratanya hanya salin, ubah suai ayat. kemudian tampal di blog mereka. Disini aku akan kongsikan beberapa tips daripada wartawan yang boleh membantu menghasilkan content menarik minat pembaca.


Guna Tajuk Yang Menarik


Apabila wartawan menulis laporan atau artikel, mereka tahu untuk meletakkan tajuk atau headlines yang boleh menarik pembaca untuk membaca penulisan mereka. Dengan fokus kepada tajuk, anda boleh belajar bagaimana untuk menulis dengan baik dan huraikan isi kandungan secara mendalam dan pada masa yang sama cuba jangan lari daripada tajuk. Kebanyakan blogger memang sudah pandai menggunakan tajuk yang menarik namun apabila membaca penulisan mereka, isi nya tidak sama dengan tajuk malah lebih teruk lagi ada yang langsung tak berkaitan dengan tajuk.

Konsep Keutamaan


Kebanyak artikel dan laporan yang ditulis oleh wartawan mengikut konsep keutamaan. Sebagai contoh, perenggan pertama dan kedua sesebuah artikel itu mengandungi maklumat yang paling tepat dan penting. Kemudian beberapa perenggan seterusnya kita akan dapati isi kandungannya semakin berkurang, dan perenggan akhir sekadar meminta maklum balas daripada pembaca.

Tujuan konsep ini adalah untuk menunjukkan kepada pembaca bahagian paling penting dalam penulisan dan selepas itu pembaca boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembacaan ataupun berhenti setelah mendapat malumat yang mereka kehendaki.

Letakkan Maklum Balas Yang Menyokong


Kalau kita perasan, dalam laporan yang ditulis oleh wartawan, mereka ada masukkan maklum balas dan juga hasil daripada temu ramah yang mereka lakukan. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan oleh blogger dengan mengajukan pertanyaan kepada blogger lain dan hasil daripada pertanyaan tersebut boleh diselitkan dalam artikel yang ditulis.

Mencari Sesuatu Yang Menarik


Hampir kesemua wartawan mempunyai buku alamat dan juga kenalan yang boleh membantu mereka untuk menjadi yang pertama melaporkan sesuatu kejadian. Dalam hal ini, blogger juga boleh menjadi yang pertama melaporkan sesuatu. Salah satu caranya adalah media sosial. Gunakan sosial media seperti facebook dan twitter untuk dapatkan maklumat. Blogger juga boleh hubungi pemilik akaun untuk mendapatkan info yang lebih tepat dan dalam masa yang sama pertanyaan dan maklum balas tersebut boleh diselitkan dalam artikel.

Setakat ini hanya itu saja tips yang dapat kongsikan. Semoga lebih ramai blogger mampu hasilkan content yang lebih menarik dan berkualiti hasil daripada perkongsian tips ini.

You Might Also Like

0 ulasan