Isnin, 31 Oktober 2011

Memey Tinggalkan Norman Hakim ?

Haih kalau tak silap aku baru je bulan ni diorang kahwin dengan pakaian yang agak mahal seperti yang diheboh akhbar hari tu tapi sekarang dah jadi kes aku tinggal kau, kau tinggal aku ke ? Kalau macam ni la namanya kahwin baik tak payah kahwin lagi senang.

He he he rileks. Cool. Jangan gelabah cepat macam aku. Aku mula-mula baca tajuk tadi pun mati-mati ingat memey ni dah bercerai dengan Norman Hakim. Mari baca cerita sebenar kat bawah ni :


SELEPAS mendirikan mahligai kasih bersama pelakon Norman Hakim sejak lebih sebulan lalu, Memey Suhaiza kini sedang melalui hari-hari penuh bahagia.
 
Justeru dia yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama Nilapura untuk slot Aksi TV3 di Batu Gajah, Perak sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur demi suami tercinta.

"Tanggungjawab sebagai isteri mesti didahulukan biarpun sibuk dengan kerja. Abang (Norman) tidak kisah, tetapi saya merasakan yang tanggungjawab itu penting," katanya kepada Sensasi Bintang baru-baru ini.

Dalam drama yang bersiaran pada pukul 9 malam itu, Memey diberi peranan menggalas watak sebagai Dayang Ningsih.

Selesai sahaja penggambaran drama Nilapura, Memey bakal berlepas ke Semporna, Sabah untuk penggambaran drama berjudul Layar Impian bagi siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Khabarnya Memey akan digandingkan bersama pelakon Adi Putra dalam drama yang bertemakan kehidupan masyarakat di perkampungan nelayan itu.

"Jika penggambaran di Perak, saya masih boleh berulang-alik untuk menjaga suami, tetapi kali ini saya terpaksa meninggalkan abang sepanjang 22 hari penggambaran.

"Kami sudah berbincang dan dia faham. Insya-Allah abang Norman akan turun ke Sabah untuk melawat saya," katanya yang bakal berlepas pada awal bulan November ini.

Kosmo <<<

Laaa tinggal atas urusan kerja rupanya. Aku ingatkan tadi maksud tinggal = cerai. Kalau la cerai selepas sebulan kahwin memang hangat gila la kontroversi 1 Malaysia nanti. Apa pun tajuk tadi sudah buat aku saiko :P

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 30 Oktober 2011

Yang Mana Satu Pilihan Korang

Petang tadi aku ada pergi ke kafe untuk membeli makanan untuk makan petang ( ada ke makan petang ? ) dan aku hanya beli nasi ayam bungkus kerana malas nak makan kat kafe tu seorang diri. Yer aku memang lelaki looser suka makan seorang diri dan aku mengaku tu.

Sementara tunggu sup ayam siap dan sos yang tengah masak diatas dapur, maka aku pun layan dulu tengok tv kat kafe. Kemudian aku perasan bahawa kat depan ada sekumpulan awek-awek yang sedang makan sambil tengok tv dan mereka juga begitu rancak berbual.

Manakala di hadapan sebelah kanan tidak jauh daripada tempat aku duduk, ada seorang awek yang sedang makan seorang diri tanpa ditemani teman lelaki atau kawan-kawan seperti girls yang lain.


Mulanya aku fikir awek ni mesti sangat teruk social life dia sama macam aku sebab tu dia makan seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Tapi beberapa ketika kemudian mata aku asyik melekat kat dia. Bukan kerana dia pakai seksi atau cun tapi seolah-olah personaliti dia berbeza daripada girls yang lain.

Ok ini mungkin sangat susah difahami jadi aku bagi contoh 1 situasi :

Situasi

Korang sedang melepak di suatu tempat seperti kedai makan. Kemudian korang nampak ada sekumpulan lelaki / perempuan di sebelah kiri korang manakala ada seorang lelaki / perempuan di sebelah kanan. Yang mana 1 korang akan skodeng atau usha ? Kiri atau Kanan ?

***********


Aku rasa jawapan korang mesti akan skodeng yang kiri kan ? dan jawapan korang adalah mungkin kerana di sebelah kiri mereka agak ramai dan kemungkinan untuk nampak yang cun dan hensem tu lebih tinggi berbanding yang seorang diri di sebelah kanan.

The truth is :

Kalau korang yang jenis sukakan tarikan ( attraction ) atau hanya menilai seseorang berdasarkan luaran, memang korang akan memberi tumpuan kepada yang sebelah kiri iaitu sekumpulan gadis / jejaka.

Tapi jika korang jenis yang suka menilai seseorang berdasarkan peribadi dan tidak mudah dipengaruhi dengan penampilan luaran, korang akan memberi tumpuan kepada seorang gadis / jejaka di sebelah kanan.


Come on !!! di sebelah kanan tu ada gadis / jejaka yang duduk sendirian tanpa ditemani sesiapa pun. Ada Sejuta Satu soalan bermain di kepala otak mengenai gadis / jejaka tersebut kalau kita perhatikan dengan lebih teliti.

Antara Sejuta Satu seolah tersebut itu boleh jadi :

- Siapa gadis / jejaka ni ?
- Dia ni ada masalah dengan kawan-kawan ke ?
- Dia ni masih single ke ?
- Dia nampak tenang dan cool je walaupun seorang diri
- Macam mana diri dia yang sebenarnya ye ?

 Fuuuuuuu banyak sangat soalan yang timbul sampai tidak larat nak jawab. Apabila banyak soalan yang kita sendiri tidak mampu nak jawab, kita dengan sendiri akan tertarik untuk kenal dengan lebih rapat lagi gadis / jejaka tersebut kerana mereka ini sangat misteri untuk diterokai.

Jadi kamu pilih la untuk tertarik dengan gadis / jejaka yang biasa sahaja yang mampu dibaca dengan mudah personaliti mereka atau mahu tertarik dengan gadis / jejaka yang mempunyai Sejuta Satu persoalan yang misteri.

p/s : First impression pada gadis / jejaka yang duduk sendirian adalah mereka suck in social life. Tolong buang bad first impression macam ni.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 29 Oktober 2011

Hipokrit dan Plastik Dalam Berkawan

Masuk ni dah hampir 2 hari aku tak update blog. Semua ni gara-gara aku layan " Running Man " ( Rancangan Variety Korea ) . Siapa yang tengok Running Man pasti boleh jadi ketagih gila-gila punya kerana rancangan ini sangat best dan lawak sampai buatkan aku mengilai macam orang gila.



Ok kembali kepada tajuk diatas : Hipokrit dan Plastik Dalam Berkawan .

Korang yakin ke kawan-kawan yang bersama dengan korang selama ini sangat baik hati seperti mana yang korang sangkakan ? Kalau setakat mengumpat sikit-sikit tu mungkin boleh diterima lagi tapi kalau dibelakang kita, kawan tu macam harem dan di depan kita bermuka manis sudah tentu la mereka itu termasuk dalam golongan hipokrit.

Baru-baru ni aku ada terjumpa beberapa closed group kat facebook yang mana ahli group tersebut terdiri daripada kaum perempuan. Memandangkan group tersebut adalah kategori Closed dan Private, maka aku guna cara jahat untuk akses group tersebut dan lihat topik yang mereka bincangkan.

Mulanya aku sangkakan itu adalah group Lesbian kerana semua ahli adalah perempuan tapi ternyata aku silap. Sebenarnya itu adalah group untuk mengumpat kawan-kawan perempuan lain yang sama kelas dengan mereka. Wahh ini sangat hipokrit dan memang cukup melampau.


Antara topik yang dibincangkan dalam group tersebut adalah mengenai :

- Aku menyampah dengan Minah A
- Perempuan N ada skandal dengan lelaki B
- Benci gila tengok perempuan D tu tergedik

Maaf aku nak cakap bahawa yang banyak hipokrit dan plastik apabila berkawan adalah terdiri daripada kaum perempuan dan golongan manusia hipokrit + plastik ini boleh jadi kawan-kawan 1 kelas atau 1 tempat kerja dengan korang.

Berdasarkan apa yang aku baca daripada komen dan topik perbualan group hipokrit ini, aku dapat agak bahawa mereka sebenarnya berasa sangat dengki dan tidak puas hati dengan kawan-kawan 1 kelas dengan mereka. Sebab itu la golongan hipokrit dan plastik ini sanggup buat 1 group khas untuk mereka mengumpat.


Alahai kasihan betul kat perempuan yang hipokrit dan plastik ni. Kawan 1 kelas sendiri pun sanggup nak kata dan tikam belakang. Baik tak payah kawan lagi senang dan tak perlu nak jadi plastik sangat. Jangan duk plastik sangat la, nanti kawan-kawan sendiri jadi plastik dengan korang baru tahu.

Itu baru melalui group Facebook. Kalau ikut Skype dan YM, tak larat aku nak bilang berapa jumlah sebenar perempuan yang hipokrit dan plastik ni. Itu baru 1 Universiti, kalau semua IPTA ada group hipokrit dan plastik macam ni tentu sangat Looser golongan ini.


Plastic and Hypocrite. They suck so bad in real life

Full of jealousy and unsatisfied feeling

That's why they are creating a group for LOOSER people

So that they won't feel lonely in their bad life.

Fullstop.


p/s : Memang aku buat post ni ditujukan kepada perempuan plastik dan hipokrit :)

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 28 Oktober 2011

Situasi Add Friend di Facebook


Ha ha aku tak tahu macam mana nak cakap tapi gambar kat atas ni memang menceritakan situasi yang sebenar apabila lelaki ( stalker ) macam aku cuba add gadis-gadis yang sangat hot stuff ( hot ke ? )

Tapi aku tak ada la sampai nak add banyak kali. Cukup sekali je dan kalau tak dilayan lantak pi la. Banyak lagi girls yang boleh di add. Kalau boys yang jenis degil dan keras kepala, memang sah dia akan berterusan add sampai la girl tu approve.

p/s : Susah dealing with stalker tapi ia sangat menyeronokkan. LOL

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 27 Oktober 2011

Selalu Kutuk Perempuan Dalam Blog ?

Halamak dalam post yang INI ada orang komen bahawa aku suka kutuk perempuan. Aisehmen macam mana ni ? Aku dah la pencinta kepada kaum perempuan, mana ada masa dan idea nak kutuk-kutuk ni.

Sebenarnya aku tak pernah pun kutuk perempuan dalam blog. Gila ke apa nak kutuk perempuan dalam internet. Silap hari bulan mahu blog aku ni kena ban dengan Persatuan Perempuan Seluruh Dunia. Ngeee aku tak nak kena ban dengan kaum perempuan.

Kebanyakan ayat aku dalam blog ni mungkin banyak yang jenis trolling atau sarcasm kepada kaum perempuan tapi kutuk itu tak pernah la pula aku nak tulis. Kalau aku nak kutuk, biasanya aku akan kutuk kepada isu politik kerana itu lebih menarik dan membuatkan orang lain panas hati apabila membaca.


Jadi nak tulis sesuatu yang berkaitan kutuk kaum lelaki atau perempuan itu bukan taste aku semasa menulis dan tak ada nafsu pun nak kutuk kaum bertentangan ni.. Aku lebih suka menggunakan Sindiran apabila menulis dalam blog dan cuba menjauhi kutukan,hinaan dan cacian.

Jadi apabila aku menulis berkaitan Sindiran, maka yang terasa tu sudah tentu la yang selalu melakukan perkara tersebut. Kalau tak buat, mesti la tak terasa kan ?

Ehem aku bergurau je. Aku minta maaf kalau ada post yang berkaitan dengan kutukan kepada kaum perempuan. Tapi rasanya memang aku takde nak kutuk mengutuk pun kepada perempuan... hurmm =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 26 Oktober 2011

Wahh novel ramlee awang murshid

Jalan-jalan ke gurney dan masuk mall. Haih aku tak berapa suka masuk mall sebab ramai sangat orang dalam ni. Hari ni takde la sesak sangat tapi orang dalam mall sentiasa ramai. Aku ada masuk ke popular bookstore tadi dan tak sangka ada jumpa sambungan novel yang aku suka baca. Ni adalah sambungan kepada trilogi Bagaikan Puteri, Cinta sang ratu, dan apa tah tajuk yang last aku tak ingat dah. Memang ni je novel yang aku layan dan hanya ramlee awang murshid yang best sebab agak thrill jalan cerita dia. Siapa yang tak pernah baca lagi, baik baca la kerana memang sangat best gila babas. Aku kata best kerana takde banyak jiwang tapi banyak mendebarkan

Nak pergi jalan-jalan dalam mall pulak. Haih dah saket kaki aku duk ikut perempuan berjalan. Diorang ni tak mudah penat ke bila shoping.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Trip to pinang

Yeah akhirnya dah sampai ke pulau pinang dan perjalanan tadi memakan masa hanya 2 jam. Bila sampai kat pinang tadi terus aku bantai nasi kandar yang dah lama gersang dan nak makan. He he sekarang aku kat bukit bendera dan tengah tunggu kawan-kawan beli tiket nak naik kereta kabel. Ni kali pertama aku naik kereta kabel kat pinang. Kat langkawi dah naik sem lepas. Haih panjang pula beratur. Ni yang buat aku tension beratur panjang dan lama. Ok nak round2 sekitar kawasan ni dulu


Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Pagi Holiday

Selamat Pagi Yaw !! Hari ni aku dah start cuti dan tiada kelas sampai la pada hari isnin pada minggu depan. Aku rasa semua IPTA / IPTS pun dah mula cuti pada hari ni kan ? Kalau ada yang masih tak cuti tu memang agak kesian la :P

Hari ni dan perancangan hari ni adalah untuk pergi merewang ke Pulau Pinang. Ada apa kat Pulau Pinang tu ? Best sangat ke ? Syok bangat ke kat sana ?

Takde la syok bangat tapi ok la sikit untuk jalan-jalan, cuci mata, makan-makan dan enjoy berbanding negeri Perlis dan Kedah ni. Perancangan yang lebih terperinci untuk lawat tempat-tempat tertentu masih tak ada. Mungkin akan dibincangkan dalam kereta nanti.


Jadi perjalanan dari Perlis ke Pulau Pinang mungkin memakan masa selama 2 jam dan itu pun kalau trafik sepanjang jalan tidak sibuk. Kalau sibuk sangat memang lama juga la masa perjalana nak sampai ke Pulau Pinang tu.

Apa pun nanti aku akan update lagi melalui mobile phone kerana malas nak bawak laptop pergi jalan-jalan. Kalau aku rajin, aku akan update la. Ha ha rasa malas pulak nak update bila pergi jalan-jalan.

p/s : Doakan pergi dan balik aku bersama kawan-kawan yang lain ke Pulau Pinang dengan selamat ye. aminn :)

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 25 Oktober 2011

Deepavali Holiday Yaaahhuuuuu

keh keh cuti sememangnya hari yang paling menggembirakan buat aku kerana dapat bersantai dan juga berehat dengan rasa yang sangat bahagia tanpa rasa serabut kepala. Nak tidur, tidur je. Nak makan, makan je.

Amboi senang gila hidup macam tu. Ok masa untuk serius sikit dan tak nak dah main-main. Cuti Deepavali akan bermula pada esok hari sehingga la hari ahad ni. Wahh nampaknya aku ada 5 hari cuti untuk bersantai.

Perancangan cuti 5 hari :

- Pergi Pulau Pinang
- Pergi water park kat sungai petani
- Makan-makan, jalan-jalan
- Tidur


Aaahhh setakat ni hanya tu je dulu perancangan yang nak dibuat dalam masa 5 hari ni. Kalau ada tambahan aktiviti mungkin akan dilakukan secara on the spot. Maksudnya jika ada orang cadang ke suatu tempat, terus je pergi tanpa bersedia atau fikir apa-apa.

p/s : Tapi aku lebih suka online dan tidur... huurrmm jalan-jalan :D



~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 24 Oktober 2011

Apabila Terlalu Gilakan Blog

1. Print screen laman utama blog

2. Save sebagai gambar kat Paint

3. Jadikan gambar tu sebagai wallpaper laptop / desktop anda


Bila dah siap, anda boleh la tengok blog anda 24 jam kat skrin laptop walaupun tiada internet disambungkan ke laptop. Tapi hanya tengok je la, nak update atau nak tekan-tekan tu memang sampai mati pun takkan dapat.

p/s : Dah macam apa pulak wallpaper laptop aku =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Pasangan Korang Emotional Tahap Dewa

Semalam selepas dinner aku ada luangkan masa bersama Ernie Musliana bersembang kosong dibawah sinaran spot light yang sangat terang. Yer !! dibawah spot light, bukan di tempat yang gelap dan terpencil ok. Ahaks !

Semasa aku dan dia sedang rancang berbual dan bersembang ditambah dengan mengumpat, tiba-tiba datang 1 pasangan ni duduk di bahagian bangku belakang dalam kawasan yang sama tempat aku dan ernie duduk.

Dalam 10 minit lepas tu, aku pun ada la tengok kat 1 pasangan tadi dan aku dapati lelaki dan perempuan tu hanya tunduk dan berdiam je 2 orang tu seolah-olah tak bercakap apa pun dengan pasangan mereka. Aku pun dengan segera tanya kepada Ernie.


Aku : Cuba sayang tengok pasangan kat belakang ni, diorang tunduk je dan tak cakap apa pun.


Ernie : Diorang gaduh kot. Lagipun perempuan tu selalu je emo. Dekat Facebook semua status nak emo je lepas tu siap Tag nama bf dia lagi bila emo.

Aku : ooo emo sampai jadi macam tu. ish ish


Monolog dalaman :

Alamak kasihan lelaki tu dapat perempuan yang suka emo. Mesti seksa layan kerenah perempuan yang selalu emo ni.


Bila aku pulang ke rumah dan landingkan badan diatas katil, aku tiba-tiba terfikir mengenai pasangan yang terlampau emotional. Fuuuu mesti tension gila babas kalau dapat pasangan yang suka emo. Silap sikit terus emo, merajuk sikit terus emo, itu sikit emo, ini sikit emo. Aaarrgghhh silap hari bulan aku juga yang jadi emo nanti.



Honestly aku sebagai lelaki memang sangat tak suka pada pasangan yang emo. Tak tahu la jika ada lelaki di luar sana yang suka pada pasangan yang sentiasa emo tapi tidak bagi diri aku kerana ia boleh dikategorikan sebagai Stupid Relationship.

Kita menjalinkan hubungan dengan seseorang terutama sekali hubungan cinta adalah untuk berasa gembira dan bahagia serta disayangi. Walaupun kadang-kadang tu ada bergaduh  dalam sebulan sekali atau 2 kali but it still consider a sweet relationship rite ?

Tapi bagaimana pula jika sesebuah relationship tu, hampir setiap minggu ada pergaduhan, ada pertengkaran, ade tangisan, semuanya gara-gara berpunca daripada pasangan korang yang terlalu emotional. Ohh aku tak dapat bayangkan betapa masalahnya hubungan seperti itu.

Kenapa aku tembak perkara emotional ni atas kepala kaum perempuan ? Kerana memang majoriti perempuan cukup emotional dalam hubungan percintaan. Buktinya, tengok sahaja di Facebook. Hampir setiap hari ada je status yang cukup emotional dan mendayu-dayu dipublish oleh kaum perempuan.


Jadi kepada perempuan, lepas ni sudah-sudah la nak emotional sangat dengan pasangan korang. Kasihan betul aku tengok pada lelaki yang dapat kekasih yang sangat emotional sampaikan lelaki itu pun menjadi stress dan tension dengan pasangan dia.

Kalau ye pun nak emotional, cukup la sebulan sekali emo sewaktu period datang. Bila dah habis period tu, jangan emotional lagi. Kasihan kat pasangan korang tau. Yang naya pun adalah pasangan korang juga sewaktu korang emotional tu.


p/s : Gf aku tak merajuk dan tak emotional, terus marah kaw-kaw. Wahaha sangat garang tapi I Loikeeeee :D

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 23 Oktober 2011

Celcom Is Back On Track :)

Petang tadi aku jadi nervous gila babas nak online kerana bimbang servis Celcom masih tidak elok dan boleh bikin mood aku jadi stress balik. Tapi bermula pagi tadi aku tak ada masalah nak send sms dan ini telah mendorong aku untuk cuba online menggunakan Celcom Berok Band... maaf salah eja... Broadband :D

Sekarang dah 1 jam lebih aku online dan setakat ni tiada tanda-tanda yang menunjukkan masalah pada servis internet. Yaaahhuuu akhirnya :

Celcom Is Back On Track :)


Erkk sure ke dah elok servis celcom ni ? Entah la labu, aku harap semua dah elok lepas ni kerana aku tak sanggup lagi nak rasa sangat geram melampau dan stress macam nak baling modem dan telefon kat dinding kasi berkecai.

Semalam aku ada tengok cerita Real Steel kat panggung bersama teman wanita dan pada pendapat aku, memang cerita ni sangat best. Aku tak pernah tengok lagi perlawanan tinju manusia macam mike tyson atau muhd ali tapi tengok perlawanan tinju robot dalam cerita Real Steel memang nampak sangat WOW and damn cool.


Cerita ini penuh dengan perasaan dan yang paling best adalah match yang last sekali tu dimana robot latihan ( atom ) yang cikai macam dalam gambar kat atas membelasah robot tinju yang professional ( zeus ). Moral of the story daripada cerita Real Steel :

Never judge the book by its cover :)


~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 22 Oktober 2011

Maafkan aku blog

Selagi celcom broadband masih tak elok, selagi tu aku tak mampu nak update. Setiap minit pasti modem disconnect secara automatik. Geram betul aku dibuatnya. Jom makan, dah lapa bangat ni.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Jalan-jalan hujung minggu

Hari minggu memang patut diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan hari ni perancangan nak tengok wayang, makan-makan dan jalan-jalan. Cakap pasal wayang, aku nak tengok real steel. Dengar cerita ramai orang kata best movie ni tapi best macam mana tu aku kena tengok jap lagi. Haih dah lama tak jalan-jalan jauh macam ni. Ok la nak makan jap sementara tggu citer real steel.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Haduyai Celcom Weeeiiiiii


Bro celcom,

Apa hal dengan servis yang lu sediakan ni ? Gua dah nak masuk seminggu mengalami masalah nak send sms dan juga sambungan internet. Bila nak send sms je asyik sending fail, fail dan FAIL sampaikan kena buat lebih daripada 10 kali baru dapat send.

Pasal sms gua masih boleh tenang lagi bai. Pasal internet pulak asyik disconnect dan keluar signal GPRS je. Dah la kelajuan untuk GPRS slow macam siput sampaikan nak loading facebook pun tak pernah nak habis.

Server bro Celcom bahagian utara ni down ke ? Kalau down tu cepat-cepat la baiki ye sebab bil internet aku pun selalu je melebihi jumlah yang sepatutnya aku bayar. Pelan yang diambil RM68 sebulan tapi sampai bil kena bayar RM70. Tapi setakat RM2 aku tak berapa kisah pun sebab sebelum ni memang servis lu orang elok je.

p/s : Cepat-cepat la baik pulih wahai Celcom. Tak tahan dah aku menahan stress sekarang ni.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 21 Oktober 2011

Perempuan Memang Kompleks

Girls                                                                                          Boys

Sayang marah kat abang ke ?


Mane ade sayang marah 

Betol ke tak marah ni ?

Kan dah cakap tadi tak marah

Jom teman abang makan malam ni.


Pergi la makan dengan perempuan
murahan dan seksi tu. Dasar lelaki gatal dan suka 
dengan perempuan gedik. Suka sangat
layan perempuan murahan tu kat 
Facebook kan ?



p/s : ha ha ha :D

~ Baca Selanjutnya ~

Pilih Bulu Punya Orang

Pukul 10 pagi tadi aku agak kalut masa nak pergi kelas dan habis jadi kalut sebab lupa nak print lab report. Printer takde, kawan-kawan semua sudah pergi kelas dan aku terpaksa melencong ke kooperasi untuk print lab report.

Semasa dalam perjalanan, Aku rasa macam ada benda yang tidak kena je. Beg duit ada, henfon ada, kasut pakai, rambut tak serabai, seluar... Alamak seluar aku lupa nak zip. HAHA. sepantas kilat aku tarik seluar sebelum lalu di depan awek-awek yang cun dan comel.

Bayangkan jika berjalan dengan muka tanpa rasa bersalah apabila zip seluar terbuka dengan luasnya. Nasib baik burung tak boleh terbang, kalau boleh terbang mesti dia dah keluar melalui zip seluar yang terbuka tu.


Lepas zip seluar, aku pun sampai di kooperasi untuk print lab report. Sebelum nak print tu aku ada tanya kepada abang yang jaga kooperasi tu :


Aku : Bang, komputer ni boleh pakai untuk print ?


Abang kooperasi : Pakai je la. Cucuk pendrive lepas tu print ( nada tinggi )


Aisehmen apa pasal abang ni bernada tinggi dengan aku ? Aku tanya dengan nada yang cukup lembut je tapi dibalas dengan nada tinggi. Takpe pedulikan abang kooperasi tu kerana aku dah lambat nak masuk kelas ni.

Semasa aku sedang print lab report tu, ada seorang awek masuk ke dalam kooperasi untuk membeli topup. Awek tu agak cun juga dan cutting badan pun sangat WOW. Boleh buat aku cair ni.




Awek : Bang, nak topup maxis rm10


Abang kooperasi : Rm 10 je ke ? rm 20 tak nak ? he he he


Cehh abang kooperasi ni dah sangat melampau. Dengan awek bukan main lembut lagi kau ye. Siap boleh bawak bergurau senda dan ketawa miang lagi. Dengan aku pulak kau bantai bagi nada yang cukup tinggi.


Dah siap aku print kesemua 12 helai lab report, aku pun pergi ke kaunter untuk bayar semua sekali. Aku tak pernah print kat kooperasi jadi aku tanya la berapa semua sekali ni.


Aku : Berapa bang ? semua 12 helai


Abang kooperasi : Semua Rm1.20 ... ( nada masih tinggi )


VAVI !! nada abang tu masih tinggi. Aku bukan tanya soalan biadap pun. Keluar je daripada kooperasi aku terus sumpah seranah. Sungguh Gampit + Rodent sikap yang ditunjukkan oleh abang kooperasi tu.

Dengan awek bukan main lembut dan cair lagi. Dengan aku macam nak cari gaduh je nak jawab soalan yang ditanya. Sumpah aku takkan print lagi kat kooperasi pada masa akan datang.

p/s : Susah ada kes pilih bulu macam ni. Dengan awek jadi gersang sebab tu boleh berlembut dan bergurau. Demn !!

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 20 Oktober 2011

Couple Is Trouble : Sure Ke ?

Kebanyakan perempuan ( most of them ) especially yang masih single dan tak tahu apa-apa pasal pengalaman bercinta selalu saja pandai mengeluarkan statement :

Couple is Trouble
Single is Simple 

Huh !! Why the girls are so Offensive enough to say that Couple is Trouble ? Cinta adalah perkara yang sangat indah yang mungkin pernah dialami dalam hidup seseorang tapi yang menyebabkan cinta itu sangat Spoil dan bikin jiwa tidak tenang adalah kamu dan pasangan kamu.  There's nothing wrong with the couple thing and the love thing and also trouble thing. Yang jadi masalah dan yang mencetuskan masalah itu adalah diri kamu sendiri and of course your love partner also.

Couple Is Trouble

Memang tidak dinafikan dugaan ketika couple sangat kuat. Boy's mula merasa rimas dengan sikap kawalan ketat daripada Gf... Gf yang smoking hot pula selalu cuba di-tackel oleh lelaki bangang menyebabkan Bf sangat jeles... Bf kurang sms akibat terlalu sibuk dan rimas dengan sikap Gf.... Gf asyik merajuk tak tentu pasal 23 jam dan hanya 1 jam sahaja masa yang ok.

Jadi ini adalah beberapa contoh situasi yang berlaku pada pasangan yang sedang hangat bercinta yang akhirnya boleh mendorong kepada putus hubungan dan after a few days, girls akan publish status di Facebook :


Couple is Trouble
Single is Simple

 Come on la. Kalau zaman couple pun sudah kata dugaannya cukup bikin Trouble, bila mendirikan rumah tangga lagi la dugaan Trouble itu berganda-ganda terutama sekali 10 tahun pertama selepas mendirikan masjid. Dugaan apa ? Yang tu kena la tanya pada pasangan yang sudah berkahwin dan menjadi status suami isteri.

Bukan apa, kalau couple pun sudah rasa cukup trouble. Nanti bila dah kahwin akan jadi Marriage is Damageable. Couple tidak la trouble seperti yang difikirkan atau diungkapkan oleh sesetengah pihak. Apa yang penting dalam perhubungan itu adalah sikap toleransi dan kena saling memberi sesama pasangan. Jangan hanya fikir mahukan sesuatu tapi tidak mahu memberi kepada pasangan. Sebab itu la boleh bikin trouble kalau semua hanya mahukan sesuatu daripada pasangan.


Single is Simple ?


Get a life boys and girls !!!

Your life get so boring when you are single

Be matured, be strong and Experience the sweetnest of love

Sampai bila nak jadi Lone Ranger ?

ha ha ha

Fullstop :)

~ Baca Selanjutnya ~

Sembang bangang

Ehem sweet couple dalam kelas aku. Maaf tak nampak rupa lelaki sebab aku ambil daripada belakang. Ngeee jangan marah ye kawan.

Petang ni update santai je dan takde nak fokus pada certain tajuk memandangkan aku update sekarang ni pun menggunakan fon. Kalau guna laptop baru la syok nak tulis panjang dan goreng ayat sampai hangus. Tak tahu macam mana nak jelaskan tapi i'm feel kinda looser in these few days. Rasanya semua elok je dan takde masalah kebelakangan ni tapi tiba-tiba je rasa diri ni sangat looser.

Ok lupakan sekejap pasal aku rasa diri aku looser, ada 1 dialog sembang bangan yang aku nak share dengan pembaca semua :

Aku : tadi si A ada ajak aku pergi pasar malam tapi aku taknak pergi sebab jauh sangat.

Manusia : lepas tu jadi macam mana kalau jauh ?

Aku : fuuu tak larat nak pergi jauh. Macam tak berbaloi pergi pasar malam jauh sangat.

Manusia : biar la dia nak pergi jauh. Jadi macam mana ?

Aku : memang la tak jadi macam mana. Aku cuma nak cerita je.

Manusia : lepas tu biar la dia nak pergi pasar malam.

Aku : memang la. Aku nak cerita je...,

Hai si manusia, nasib baik mood aku gembira semalam. Kalau mod aku spoil memang biadap la mulut aku dengan si manusia tu. Nasib kau tu kawan yang lebih tua dari aku je.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Budak Sekarang Gila Besi

Petang tadi cuaca di Kuala Perlis sangat mendung dan berangin menyebabkan aku begitu rajin mengangkat kaki pergi berjogging. Punya la semangat gila aku berjogging sampai sakit kaki tapi sepanjang jogging petang tadi tak ada nampak seorang pun awek UniMAP yang jogging. HAHA. Kantoi nampak sangat niat tak ikhlas pergi jogging semata-mata untuk usha awek. Tapi ok la usha awek UniMAP kerana ramai yang cantik dan comel serta ayu bertudung berbanding gadis-gadis kampung di sekitar Kuala Perlis ni yang tidak cun. HAHA. Jahat gila ayat aku.

Menyelam Sambil Minum Air

Blup Blup Blup biasa la tu aku kan lelaki, takkan la tiba-tiba pulak nak skodeng lelaki atau mamat yang jogging kat area situ. Euuww tolong la ye, aku bukan jenis manusia bernafsu songsang yang sangat pathethic sehinggakan ada nafsu terhadap kaum sendiri. Antara perempuan dan lelaki sudah tentu la aku lebih pilih perempuan sebab mereka ini comel, badan sentiasa wangi, gebu , manja, dan yang penting adalah boleh menyambung keturunan / zuriat.


Sebelum aku melencong sembang pasal nafsu songsang dan pasal awek cun atau tak cun, baik aku terus masuk kepada point entri seperti yang ditulis dalam tajuk post di atas ni :


Budak Sekarang Gila Besi

Apa yang korang semua faham pasal Gila Besi ? Gila besi tidak sama seperti orang gila mahupun gila seks kerana ia tidak melibatkan kerosakan minda dan hanya dapat dilihat dengan melalui kelakuan yang mereka buat. Masih kabur lagi ye ? Ok mari sini aku jelaskan apa yang aku maksudkan dengan Budak Sekarang Gila Besi.

Maksud yang 100% tepat mengikut ideologi kepala hotak aku kepada Budak Sekarang Gila Besi adalah budak-budak atau kanak-kanak zaman sekarang ni sangat meroyan macam tengah High Cocaine apabila mereka mendapat motorsikal. Yes !! motorsikal memang merupakan kegilaan budak-budak zaman sekarang seolah-olah menunggang motor umpama mereka berada di dalam Syurga.

Menunggang Motor Umpama Berada Dalam Syurga

Ayat ni mungkin sangat melampau bunyinya tapi ia cukup jelas bagi menggambarkan situasi yang aku lihat pada setiap petang apabila keluar berjogging di sekitar sawah padi Kuala Perlis :

- Pulas minyak sampai habis kasi bunyi kaw-kaw 1 daerah
- Bawak laju macam sedang naik Superbike  
- 1 Motor naik 3 / 4 orang
- Perempuan naik motor dengan perangai gedik
- Naik motor tapi mulut bising nak mampus


Heaven gila budak-budak sini tunggang motor kan ? Sebab tu aku kata mereka tu Gila Besi kerana mereka berkelakuan seolah-olah tidak pernah jumpa / tunggang motor pun sebelum ini. Dalam banyak-banyak senarai kat atas, yang paling aku geram adalah yang bawak motor dengan laju macam sedang tunggang Superbike.

Pada hal yang ditunggang tu motor EX5 buruk je pun siap tak ada lampu lagi. Aku selalu sangat berdoa supaya budak-budak yang bawak motor laju gila kat kawasan jogging ni terhumban masuk ke dalam sawah padi dan boleh la aku sorak kegembiraan apabila melihat mereka masuk ke dalam sawah padi.

Ish ..... ish.... ish jahat sangat tu Firdaus. HAHA tak baik tau doa budak-budak tu terhumban dalam sawah padi, baik doa mati terus baru aman sikit tiada yang nak bawak motor laju-laju sampai tak ingat dunia.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 19 Oktober 2011

Smart Casual Atau Formal Casual ?

Pagi tadi semasa on the way pergi kelas bersama kawan, aku ada ternampak seorang mamat memakai pakaian yang formal seperti menghadiri kelas semasa zaman matrikulasi cuma yang bezanya tali pinggang dia warna putih dan nampak ada sedikit tarik disitu. Oh ya matrikulasi diwajibkan pakai baju formal seperti dalam gambar di bawah :

Kawan aku dah pandang pelik kat mamat  tu dengan pakaian yang dipakainya. Bagi kami sebagai pelajar UniMAP ( Universiti Kejuruteraan ) untuk melihat pelajar pakai formal siap dengan seluar slack yang licin itu agak pelik kerana 99.99% pelajar lelaki UniMAP memakai smart casual macam dalam gambar dibawah :


Sempoi kan pakaian pelajar lelaki UniMAP ? T-shirt + jeans + jacket = cool . Engineer memang kena pakai sempoi dan tak perlu sampai nak berseluar slack dan juga tali leher. Bukan saja pelajar yang pakai sempoi macam ni. Pensyarah dan staff juga kebanyakannya pakai seperti pelajar.

Dulu masa zaman matrikulasi yang penuh dengan nerd memang bangga dan rasa sangat segak dapat pakai formal siap dengan tali leher lagi. Tapi aku tak pernah pun nak pakai dengan kemas dan selalu je biarkan tali leher tidak rapat dengan kolar baju.

Bila masuk alam universiti, dah takde pakai lagi formal dan bertali leher dan aku sendiri pun dah jadi tidak berminat dengan pakaian macam tu. Sebenarnya pakaian formal tidak sesuai dengan aku sekarang kerana perut aku buncit sikit.



Heyy Buncit is sexy ok ?


Kita lari topik sekejap dan cakap pasal buncit pula. Terdapat banyak quote mengatakan Buncit itu seksi. Betul ke memiliki perut buncit ini seksi ? Erkk... erk.... yang ni aku rasa better tanya kepada kaum hawa mengenai pendapat mereka pasal lelaki perut buncit. Honestly aku sendiri sebagai lelaki tidak menyukai rupa perut buncit dan sebab itu la aku dalam proses nak kempiskan perut.

Apabila memiliki perut yang buncit, baju yang smart dan nampak elok pun boleh bikin spoil dengan ada bonggolan yang besar umpama mengandungkan anak beberapa bulan kat perut tu. Thanks God perut aku tidak la buncit melampau dan aku masih boleh pakai T-shirt biasa tanpa nampak ada bonggolan di bahagian perut.

Enough with buncit things dan aku dah rasa agak spoil dengan perut buncit. Tapi kalau dengan perut buncit boleh dapat girls yang hot stuff, apa salahnya memiliki perut buncit kan ? Untung la kepada lelaki yang perut buncit tapi dapat girl yang smoking hot and sexy doxy.

My Gf  memang smoking hot pun dan yang paling pentingnya adalah she's not sexy. Seksi yang dimaksudkan disini adalah mendedahkan tubuh badan. Biasanya girls yang kelihatan hot apabila mendedahkan tubuh badan sebenarnya kelihatan sangat tidak hot apabila they covered up their body. Since mereka tidak hot dan tiada pakej lain lagi maka mereka terpaksa dedahkan badan supaya market mereka melonjak naik di pasaran Wall Street Lelaki. This is a true fact created by me just now.

Ok sudah cukup aku melencong daripada tajuk asal post ini. Kembali kepada Smart casual atau Formal Casual, now aku lebih prefer untuk memilih smart casual kerana lebih sesuai dipakai apabila melakukan pelbagai jenis aktiviti. Yang Formal casual tu untuk kerja pejabat dan duduk dalam air-cond 24 jam baru la sangat sesuai.

Formal casual memang kelihatan sangat smart dan segak tapi perwatakan aku lebih sukakan sesuatu yang agak simple dan selekeh sikit. Ia kelihatan sangat menarik dan natural apabila memandang lelaki yang pakai t-shir dan jeans berbanding seluar slack + tali leher + baju kemeja.

p/s : Perempuan suka tengok lelaki pakai Formal casual atau Smart Casual ?

~ Baca Selanjutnya ~

Tak Cun Tapi Over Menggedik

Kalau cakap pasal awek menggedik, kat mana-mana pun pasti ada je spesis ni sama ada di tepi jalan raya, dalam mall, di pasar malam, taman permainan dan tidak terlepas juga di IPTA.Tapi aku rasa dalam banyak-banyak tempat dalam Malaysia tadi, aku rasa IPTA la tempat paling banyak sekali perempuan gedik.

Sure ke ramai perempuan gedik di IPTA ? Yes I'm serious about this and I'm not gonna lie. IPTA adalah tempat di mana lelaki pada setiap tahun semakin pupus manakala perempuan pula semakin berganda. Jadi apabila lelaki semakin pupus, perempuan-perempuan ini terpaksa bersaing sesama mereka bagi menarik perhatian lelaki.

Salah satu cara yang paling efektif untuk menarik perhatian lelaki di IPTA adalah dengan menggedik.


Bagaimana itu menggedik ?

Rasanya tak perlu aku nak ceritakan secara terperinci apa itu gedik dan bagaimana menggedik kerana bukan susah sangat pun bagi lelaki untuk tengok dan tafsir mengenai perempuan itu gedik atau tidak. Aku rasa kalau perempuan dalam kalangan mereka sendiri pun boleh detect sama ada kawan mereka itu suka menggedik apabila kawasan itu ada lelaki demi semata-mata untuk menarik perhatian.

Kembali kepada tajuk diatas, aku sebagai lelaki yang normal kadang-kadang boleh menerima perempuan yang gedik dan kadang-kadang juga langsung tidak boleh menerima. Biasanya jenis gedik yang aku boleh terima adalah daripada awek cun ataupun gedik yang tidak melampau. Aku kan lelaki dan sudah tentu la tarikan utama adalah dengan awek yang cun. Kalau yang tak cun menggedik, erkkk.... erkkk.... aku tak tahu macam mana nak jelaskan perkataan yang aku nak tulis ni. Terlalu seram untuk dibaca.


Kepada perempuan, anda pernah tak fikir bahawa menggedik anda itu disukai / dibenci oleh lelaki ?

Lepas habis zaman matrik aku ada lepak 1 kedai bersama beberapa orang kawan aku pada waktu malam. Masa lepak sambil minum tu ada sekumpulan perempuan dalam 4 orang datang ke kedai yang sama aku dan kawan-kawan sedang melepak. Dalam 4 orang perempuan tu, 2 orang memang cun , 1 biasa je dan seorang lagi aku tak nak cakap. HAHA faham-faham2 je la


Yer wahai perempuan, apabila anda masuk ke kedai makan sekalipun kaum lelaki akan memerhatikan anda kemudian baru la mereka akan mula bincang ada yang hot dan siapakah perempuan yang hot tu. This is the truth :)

Ok dalam 4 orang gadis tadi,  yang seorang aku tak tahu nak cakap apa tadi tu cukup gedik. Dia cakap dengan kawan dia dengan nada kuat tapi manja-manja euuww euuwww seolah-olah nak kasi kami lelaki ni dengar suara dia yang manja auuww auww tu. Kawan-kawan aku masa tu semua dah tunjukkan muka loya minta baldi untuk muntah semua air yang diminum tadi.

Yang tu ok lagi, lepas tu perempuan tu pun cakap dengan seorang pelayan lelaki untuk minta tisu tapi siap ada gerakan tangan dan kepala yang cukup........... aarrgghh aku tak tahu nak jelaskan macam mana.

abang, ada tishu tak ? Nak shikit

TISHU ? SHIKIT ? God, this girl just make me and my friends turn to speechless. Adengan gedik seterusnya aku tak nak la cerita nanti aku muntah depan laptop pula. Jadi skip kepada part selepas 4 gadis itu beredar, topik perbualan hangat pun dijalankan oleh kawan-kawan aku ni.

Kawan : VAVI !!! bising nak mampus perempuan gedik tu tadi. Nasib baik aku tak muntah

Kawan 2 : Hak tu Takpe lagi, aku rasa nak baling gelas ni atas kepala kasi pengsan dan berhenti duk lemah lembut gedik dia tu. Geli aku tengok

Kawan 3 : Aku dari tadi lagi duk tengok dia duk gedik pelik sampai kawan dia pun tak berapa nak layan. Rasa nak tumbuk je tadi. HAHA


Jadi kepada perempuan, make sure you are beautiful enough if you want to menggedik in front of the boys. Aku risau kalau menggedik tidak kena cara atau tidak sesuai menggedik nanti ada gelas kaca singgah atas kepala. HAHA .

Yang tak cun tak boleh menggedik ke ? Aku tak ada jawapan untuk itu tapi semuanya atas diri sendiri. Jika confident, cuba la menggedik dan tengok reaksi lelaki. Kalau anda bertuah, lelaki akan tertarik dengan anda dan jika bernasib malang, lelaki akan muntah darah on the spot. LOL

p/s : Menggedik itu ada yang dibuat-buat dan ada yang natural. Biasanya yang dibuat itu jelas kelihatan cacat celanya di mata lelaki :)


~ Baca Selanjutnya ~

Jika Masa Boleh Diputar Kembali

Semalam aku main game snooker kat laptop tapi kalah dengan komputer. Bila kalah aku jadi frust menonggeng macam kalah tackle awek pulak. HAHA. Bila kepala otak dah stress, aku akan layan movie bagi nak hilangkan perasaan stress yang penuh tension ni.


Untuk hilangkan stress semalam, aku layan cerita SOURCE CODE. Cerita ni takde la best sangat pun kerana aku tak nampak sebarang Program Code dalam cerita ni dan terlalu banyak hollywood fantasy sampaikan aku tengok pun dah rasa bosan sangat.

Bukan macam cerita The Matrik. Walaupun The Matrik itu merupakan salah satu cerita sains fantasi hollywood tapi masih best untuk dilayan kerana plotnya sangat menarik. Bila aku tengok cerita Source Code, aku jadi terfikir pula mengenai masa walaupun main point and plot cerita ni kurang menyentuh kepada masa.

Apa yang ada pada masa ? For sure untuk zaman sekarang, masa hanya dan hanya sentiasa bergerak ke hadapan tanpa berkurang atau berpusing ke belakang. Setakat ni masih tiada alat atau mesin yang boleh putar kembali masa walaupun pada 1 saat yang lalu. Jadi persoalan yang sentiasa bermain dalam benak kepala otak aku adalah, apa akan jadi JIKA masa boleh dihentikan atau diputar kembali.

Yeah we stop the time for a moment. Mungkin akan kelihatan seperti movie yang kita tonton itu di PAUSE. Semua akan berada dalam keadaan kaku. Tapi betul ke kita akan berada dalam keadaan kaku jika benar masa itu dapat dihentikan. Well tiada siapa yang tahu akan hal ini. Even saintis sendiri pun hanya mampu mengeluarkan teori yang mana mungkin juga teori tersebut 100% salah.


Mukadimah pun dah cukup panjang nampaknya jadi aku akan terus straight to the point. Sebelum ni ada orang pernah tanya aku dengan bermacam soalan antaranya :

Firdaus, kalau ko dapat kembali ke masa lampau, masa lampau yang mana akan kau pilih ?

What a good question we have in here. Kalau diberi peluang untuk kembali ke masa lampau, aku akan kembali ke tahun 2007 iaitu zaman aku menduduki SPM. Aku nak kembali ke zaman tersebut dan belajar rajin-rajin untuk skor dalam peperiksaan SPM.

Why SPM ?

Tak sure nak jawab macam mana tapi tahun ambil SPM itu sangat banyak memori indah yang berlaku. Aku pun berharap ianya akan berulang kembali agar dapat menikmati sekali lagi keindahan tersebut.

Walau macam mana sekalipun, zaman tersebut telah berlalu dan aku perlu teruskan juga dengan kehidupan sekarang. Orang selalu cakap Life Must Go On No Matter What Happen dan sekarang memang aku meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan kembalinya masa yang lampau.


Time,
Give me a minute, I'm Good
Give me an Hour, I'm the Best
Give me More, I'm Unbeatable

Dialog yang menarik diatas untuk menunjukkan bahawa pentingnya menghargai masa. Jadi lepas ni jangan ada lagi yang duk mengelamun dan berkhayal bersama KOKAIN untuk fikir jika masa boleh diputar kembali. Teruskan saja dengan hidup sekarang dan biarkan yang lepas menjadi kenang.

Fullstop.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 18 Oktober 2011

Blogger Memang Tulis Tak Serupa Bikin

Di Facebook  :

- Semua blogger sama saja dan tiada apa yang membezakan kita semua. ( Mereka yang tulis )

Ok aku dah faham mesej yang cuba disampaikan.

Esok atau Lusa :

Tajuk post : Perbezaan blogger otai dan tidak otai

Tajuk Post : Perbezaan blogger famous dan tidak famous

Depa ( mereka ) sembang kencang dalam Facebook kata semua blogger sama saja. Last sekali depa sendiri yang angkat post pasal perbezaan yang Nonsense tu. Cehh tulis tak serupa bikin :)  kalau semua sama je, apa pasal hangpa angkat post pasal perbezaan ?.. la la la

Status : Sarcasm Activated


~ Baca Selanjutnya ~

Mood yang hilang

Hilang mood ? Hilang kat mana dan dimana boleh cari mood ? Aku pun tak tahu nak cari kat mana mood yang hilang ni. Sejak semalam lagi aku cari mood ini tapi hanya kebuntuan dan jalan mati yang aku jumpa. Kerja banyak menyebabkan mood hilang ? Boleh jadi tapi tak boleh nak salahkan kerja kerana dah jadi tanggungjawab aku sebagai pelajar. Orang yang berkerja pun punyai banyak kerja, apatah lagi aku sebagai pelajar. Kak diana yang suri rumah pun banyak kerja juga. He he tibe2 je sebut kak diana.

Kelas habis pukul 5 hari ni. Haih lewatnya habis tapi ok la sebab hanya ada 2 kelas je. Kalau banyak kelas nanti sakit pulak. Ok mood masih tak datang, nak buat kerja dulu. Adios.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Ubah Kediaman Dengan RM 30 Ribu






Take part and stand to win up to RM30,000 worth of fabulous home appliances, vouchers for paint and tiles, plus the Curve Touch 'n Go Card! Visit The Curve and take part now, contest is from 30th Sept - 31 Oct 2011

Siapa yang nak masuk contest dan mencuba nasib untuk memenangi RM 30 Ribu perkakas rumah, baucer dan banyak barang lagi, boleh la klik kat Sini .

p/s : My Space contest rupanya.. aku ingatkan Myspace yang social network dah pupus tu. he he
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 17 Oktober 2011

Banyak Kerja Malam Ni

Sebenarnya kalau pandai urus masa memang boleh je spend masa untuk blogging tapi aku ni fail sikit bab mengurus masa. Jadi malam ni kemungkinan sibuk dengan banyak kerja dan susah nak tengok blog. Kena siapkan kerja dulu baru rasa cukup aman nak layan blog.


Jangan risau, kerja aku takde la banyak seperti dalam gambar kat atas ni. Sorry folks, gotta go. Adios :)
~ Baca Selanjutnya ~

Wikipedia Bm atau Bi

Mesti semua orang tahu apa itu Wikipedia kan ? Kalau ada yang masih tak tahu, cepat pergi lawat laman web tu sebelum aku langgar laju-laju dengan kereta. Apa yang menariknya mengenai wikipedia adalah perkongsian ilmu itu dipelbagaikan dengan banyak bahasa mengikut rantau dan negara.

Biasanya kalau aku baca maklumat dalam wikipedia, aku akan baca dalam bahasa inggeris dan sangat jarang baca dalam bahasa lain atau dengan lebih tepat lagi dalam bahasa melayu.

Jadi pagi tadi aku ada terbaca maklumat pasal Roti kat laman web wikipedia dalam bahasa melayu dan rasa agak janggal sikit. Biasa duk baca dalam bahasa inggeris dan tiba-tiba pagi tadi baca dalam bahasa melayu menyebabkan aku rasa agak WOW kerana lebih mudah difahami dan menarik bila dibaca.


Ada beberapa kawan aku berasa sangat pelik apabila melihat aku baca wikipedia. Tak tahu apa yang pelik sangat tapi bagi aku biasa je kerana wikipedia banyak je maklumat berguna terutama sekali kepada aku sebagai pelajar engineering ni.

Kawan : Awat hang rajin sangat duk baca wikipedia ni ?

he he kalau tak silap tu ayat yang kawan aku bagi semester yang lepas. Sangat seronok sebenarnya baca wikipedia kerana dapat menambah pengetahuan am mengenai sesuatu perkara. Jangan duk baca paper dan majalah je. Sekali sekali buka la juga wikipedia yang penuh dengan maklumat ni.

~ Baca Selanjutnya ~

Standard Chartered e$aver

Yesss dah 2 hari aku tak buat post pasal kempen Says.my dan malam ni nak share 1 lagi kempen yang dah cukup lama tapi aku baru nak share. Hu hu aku selalu je lambat share sesuatu yang latest sebab malas nak ambil tahu benda baru. Sebab tu aku Fail kalau buat blog SEO kerana gagal mengikuti isu semasa.

Jadi jangan buang masa dengan merepek yang tak pernah nak sudah, jom tengok kempen says.my yang aku nak share kat dalam blog ni :


Open a Standard Chartered e$aver or SuperSalary account in october and maintain a minimum average daily balance of RM3,000 and get a special interest rate of 5% p.a. for the bonus period. On top of that, you can even get a Limited Edition Dulce Gusto Coffee Machine or a 42" Philips LCD TV for signing up for Priority Banking.

Untuk tahu lebih lanjut ( ayat bodek ), sila klik kat Sini


p/s : Terima kasih kepada yang sudi klik :)

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 16 Oktober 2011

Critical Level Of LOL

Status : Sarcasm activated

Kali pertama aku nampak basikal yang diubah suai menjadi seperti motor adalah dalam tv beberapa tahun yang lepas dan kalau tak silap aku budak-budak bandar yang mencetuskan idea yang Bernas LOL akibat daripada tiada duit nak beli motor. Ha ha takde duit nak beli motor, ubah basikal nampak macam motor pun jadi la kan ? Who cares rite ? asalkan rupa nampak macam motor RXZ rodent pun dah hepi untuk tunggang.

Kemudian dalam masa beberapa tahun yang lepas juga aku dah nampak perkara yang sama menular di tempat tinggal aku. Tak sangka penyakit macam ni pun dah menyerang budak-budak kawasan perumahan aku. Apa yang jelas adalah aku rasa sangat geli hati apabila melihat basikal yang ditokok tambah menjadi seperti motor. Honestly it didn't look like a motocycle at all but more to something like FAT 35.


p/s : Aku lebih rela naik motor lampu bulat yang agak buruk daripada naik basikal Freak Show ni. LOL

~ Baca Selanjutnya ~

Syok gila sukaneka

Pagi tadi selepas acara senam robik, ada pula acara sukaneka untuk orang-orang tua rumah seri kenangan ni dan ada 3 sukaneka yang dijalankan. Antara acara sukaneka tu adalah baling belon yang berisi air kepada pasangan, isi air dalam botol dan pakaian seragam diperbuat daripada surat khabar.

Tengah hari tadi aku dan 50 pelajar lain kena hidang makanan kepada penghuni rumah seri kenangan ni. Nampak mereka makan dengan penuh berselera dan bersemangat. Selesai je makan tengah hari dan solat zohor, ada aktiviti melawat asrama penghuni pula dan kena agih makanan macam biskut dan kek kepada orang-orang tua disamping berbual dan berawah mesra. Ok jom pergi agih biskut. Adios.

P/s : syok gak melawat rumah kebajikan ni. Dapat juga rasa kesepian dan perasaan mereka ni.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Rumah seri kenangan

Pagi ni aku bersama dengan 50 orang pelajar lagi mengikuti aktiviti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, PEMADAM melawat Rumah Seri Kenangan di kangar. Pagi ni bermula dengan sesi taklimat oleh pengurus tadbir rumah seri kenangan dan aku dapat tahu ada 124 orang yang menetap disini. Banyak juga dapat maklumat hasil daripada taklimat ni antaranya apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat dengan penghuni kat sini.

Selepas taklimat ni, ada aktiviti senaman aerobik pula. He he aku tak dapat imagine untuk lakukan senaman robik bersama dengan orang-orang tua kat sini. Apa pun ni pengalaman pertama aku melawat rumah seri kenangan dan masih banyak yang ingin dikogsi. Nanti aku akan update lagi. Adios.

P/s : senaman robik. Haha lama dah aku buat

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~