Perancangan Tahun 2015
5:08 PTG
Perancangan Tahun 2015 yang aku buat tidak se-gempak dan se-hebat macam orang lain. Cukup sekadar apa yang rasa mampu oleh diri ini untuk dilakukan dalam tahun 2015.
Kalau nak disenaraikan semuanya memang banyak juga plan tapi aku hanya beritahu yang mana penting sahaja. Yang selebihnya kurang penting tu akan dikongsi dalam entri yang akan datang sepanjang tahun.
1. Keluar Dari Zon Selesa ( Comfort Zone )
Tahun 2014 yang lepas, hidup aku boleh dikategorikan sebagai cukup selesa sebab kebanyakannya aku hanya ' play safe ' bila membuat sesuatu keputusan. Contohnya kerja di kawasan yang dah biasa praktikal pada tahun 2012, menyewa bilik pon dekat dengan tempat kerja, balik kampung 2 bulan sekali, pengurusan kewangan stabil, makan cukup, bermain game online lebih 2 jam sehari dan macam-macam lagi.
Kalau boleh untuk tahun 2015 ni aku cadang untuk lakukan sesuatu yang luar dari ' play safe '. Antaranya adalah mulakan bisnes sambilan, kurangkan makan, kurangkan online, dan mungkin cari kerja lain serta menginap di kawasan lain.
2. Tukar Kerja
Pasal tukar kerja sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah fikir. Cumanya sekarang ni aku masih menunggu kenaikan gaji. Kalau kenaikan gaji memberansangkan, aku akan kekal dan kalau tidak berapa naik mungkin terpaksa cari kerja lain.
Bagi aku kenaikan ni sangat penting terutama sekali pada tahun 2015 aku ada perancangan khusus yang memerlukan kewangan yang lebih kukuh.
3. Mendirikan Masjid
Kalau ikut apa yang dirancangkan dan apa yang dibincangkan, aku akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Bila tarikh yang sebetulnya itu aku biarkan rahsia dulu.
Apabila dah berniat untuk berumah tangga, banyak persediaan aku kene buat dari awal. Persediaan yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadi pemimpin keluarga. Pergghh aku taip ni pun aku sendiri yang rasa saiko.
Buat masa ni aku secara perlahan-lahan persiapkan diri untuk berumah tangga. Tak perlu terburu-buru, just chill and relax.
Rasanya 3 perkara diatas inilah yang aku betul-betul fokus dan rancang untuk dilakukan pada tahun 2015. Yang lain masih lagi kabur dan perlukan perancangan lain.
Apa pun semoga perancangan yang aku senaraikan ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa halangan yang besar.
0 ulasan