Rabu, 10 Jun 2015

Apabila Ofis Belanja Makan Tengah Hari

Apa yang paling best bila makan tengah hari ? Mesti la makan tengah hari yang dibelanja oleh orang lain. Hahaha. Tiap bulan wajib ada satu hari dimana makan tengah hari ditanggung oleh tempat kerja. Biasanya hari yang best macam ni muncul pada hari mesyuarat bulanan.

Kadang-kadang ada juga dalam sebulan, dua hari makan tengah hari ditanggung tempat kerja bergantung kepada kemurahan hati bos dan juga ada aktiviti yang khas. Tapi hari ni ada makan-makan kerana meraikan rakan sekerja yang akan berhenti dan bertukar tempat kerja baru.

Jamuan perpisahan ini diadakan di restoran Paparich Bandar Baru Ampang. Jamuan secara sederhana yang dihadiri seramai 9 orang sahaja. Lagi 6 orang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Tonton video dibawah yang dirakam sepanjang tengah hari tadi :


Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails