Seronok Ke Kerja Shift

7:54 PTG



" Seronok ke kerja shift ? ". " Macam mana jadual shift tu ? ". Dua soalan femes ni selalu aku dapat bila jumpa dengan kawan-kawan ataupun masa balik kampung dan jumpa saudara-mara. Aku pun dah tak larat nak jelaskan jawapan tapi bila dah asyik kena tanya kena la juga menjawab.

So seronok ke ? Sebenarnya jawapan kepada soalan ni bergantung pada orang tu sendiri. Kalau jenis yang tak ade kehidupan sosial dan suka hidup sendirian ( berdikari ) , yes memang seronok. Kenapa seronok ?

1. Senang pergi bank, bercuti, balik kampung dan menguruskan hal peribadi. Untuk kes aku, cuti 2 hari sentiasa bertukar setiap bulan. Bulan ni isnin selasa dan bulan depan mungkin khamis jumaat. Yang paling syok balik kampung waktu orang lain tengah sibuk kerja sebab jalan tak jem. 

2. Privasi. Seperti yang aku sebutkan diatas, orang yang takde kehidupan sosial akan berasa seronok dengan kerja shift. Bila tiba hari cuti, orang lain sedang berkerja jadi tiada siapa akan ajak pergi jalan2 atau makan angin. Yang ada hanya diri kita sendiri. Kita nak buat ape, nak pergi mane, nak makan ape semuanya atas kehendak diri sendiri dan tak terikat dengan mana-mana keputusan dari orang lain.

Jadi bagi orang yang suka berkawan dan selalu lepak dengan kawan akan merasakan kerja shift ni membebankan. Hari sabtu ahad ketika orang lain sibuk luangkan masa dengan kawan dan pergi bercuti, tapi kita terpaksa kerja. Orang lain sibuk hadir kenduri kahwin pada hujung minggu kita terpaksa kerja. Isteri dan anak-anak ajak pergi bercuti hujung minggu tapi kita terpaksa kerja.

Banyak lagi benda yang tak seronok boleh disenaraikan tapi aku tak dapat nak tulis sebab aku seronok dan enjoy dengan kerja shift. Mungkin bila dah kawin dan ada keluarga sendiri nanti aku akan rasa tak seronok lagi. Yang tu nanti bila dah kahwin aku cerita lagi. 

You Might Also Like

0 ulasan