Khamis, 30 April 2015

SJCAM SJ5000 Wifi Mainan dan Hobi Baru

SJCAM SJ5000 Wifi Mainan dan Hobi Baru aku. Saja nak mencuba sesuatu yang baru lagipun nampak macam seronok je tengok orang duk rakam video sebagai kenangan. Tapi aku beli bukan untuk rakam muka sangat pun, aku ada tujuan lain sebenarnya.

Aku malas nak tulis panjang sangat jadi aku terus kepada point. Aku beli kamera sjcam ni melalui link di bawah ni ( Konfem Original ) :



Kat bawah ni pula antara pakej dan harga yang ditawarkan. Boleh tengok mana yang berkenan dulu sebelum buat keputusan. Aku ambil pakej D siap extra bateri :


Kamera ni ada dua jenis :

1) SJCAM SJ5000 Wifi ( Novatek ) ( 14 Mp camera )
2) SJCAM SJ5000 Plus ( Ambarella A7 chip yang guna dalam gopro ) ( 16 Mp camera )... lagi mahal

Aku buat keputusan untuk ambil no 1 sebab kebanyakan forum yang aku baca ramai yang mengalami masalah dengan model SJ5000 Wifi Plus ( Ambarella ). Jadi aku taknak ambil risiko beli mahal lepas tu ada masalah di kemudian hari. Tapi kalau korang berani nak cuba juga boleh je dan kualiti video dikatakan lagi baik.

Kat bawah ni gambar kamera aku. Pilih warna merah nampak cun sikit. Ahaks :

Aku beli kamera ni sebab nak rakam dalam kereta je. Rasa seronok rakam masa tengah memandu dan melihat gelagat pemandu lain di jalan raya. Video di bawah ni dirakam pada hari ni dan mungkin akan berterusan dimuat naik di channel youtube aku :

Tengok dalam HD / Full HD untuk gambar yang lebih jelas.

p/s : Jangan lupa subscribe youtube channel. :)
Instax Polaroid Printing

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails