Sabtu, 10 Januari 2015

Sarapan Roti Bakar dan Nasi Lemak Serta Kerja di Hujung Minggu


Semalam lagi dah mengidam roti bakar sampaikn lepas dinner terus pergi kedai runcit beli roti dan kaya.

Pagi ni pulak aku bangun awal sangat dalam pukul 5 pagi dah terjaga dan tak rasa mengantuk lagi. Rasa segar semacam siap boleh terus bangun dari katil tanpa rasa malas.

Seawal 5 pagi lepas bangun tidur, aku habiskan masa dengan online. Masuk je subuh terus pergi mandi dan lepas tu solat subuh.

Selesai solat tiba2 perut aku pulak rasa lapar. Tu la akibatnya bangun awal sangat. Mula-mula ingat nak tunggu sampai 7:45 pagi untuk keluar beli nasi lemak kat pasar pagi kawasan parking lrt pandan indah.

Tapi sebab dah lapar sangat dan memang x boleh tahan, tiba2 otak aku teringat yang aku masih ada roti yg dibeli semalam. Jadi boleh la buat roti bakar dulu utk alas perut.

Lepas makan roti bakar dan dlm pukul 7:45 pagi, aku keluar pergi beli nasi lemak pulak. Fuh puas hati sarapan roti bakar dan nasi lemak.


Muka takde mokd kerja di hujung minggu. Hari ni dan esok aku kerja shif petang. Masuk 3 petang dan keluar pukul 12 tengah malam.

Balik kerja 12 tengah malam terus lena atas katil. Kalau aku rajin sangat biasanya lepas habis kerja tu bawak kereta g jalan2 ambil angin.

Cakap pasal takde mood ni, mula2 nak datang kerja dan sejam pertama je malas sikit. Lepas tu dah ok dan boleh buat kerja dengan bersemangat. Bersemangat la sangat. Hahaha


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails