­

Mencuba Adobe Photoshop Lightroom 3

12:25 PG


Aku ada seorang kawan sekelas yang agak pro dalam fotografi dan blog dia boleh lawat kat Sini kalau nak tengok hasil karya yang dia hasilkan. So pagi tadi dia datang ke kolej kediaman aku untuk edit sikit pasal template blog fotografi kepunyaan dia dan last sekali aku dan dia duk main tukar-tukar template blog.

Masa tengah godek blog tadi, aku ada tanya dia guna software apa untuk edit gambar dan dia memperkenalkan aku dengan Adobe Photoshop Lightroom 3. Bagi yang selalu dan aktif edit gambar mungkin dah lama tahu pasal ni tapi bagi aku yang sepatah haram pun tak pandai edit gambar, memang first time la dengar pasal perisian ni.

Lepas aku install dan explore software ni, aku rasa cukup seronok guna benda ni. Maksud aku proses edit dan pencahayaan lebih mudah dan advance kalau nak dibandingkan dengan Adobe Photoshop yang biasa. Tak payah serabut nak guna banyak layer dan kualiti yang dihasilkan agak memuaskan hati walaupun aku tak tahu apa yang aku ubah tu. Lulzzz ...

Kat bawah ni ada 1 gambar yang aku try edit. Kemasan takde la bagus sangat sebab aku baru je belajar guna petang tadi. Aku hanya edit sikit je.


Sebelum edit ( banyak noise )


Selepas edit, ( sharp, reduce noise, tambah lightning )

p/s : Tiba-tiba seronok pula edit gambar. Muahahaha

You Might Also Like

3 ulasan

  1. mcm menarik je...tp laptop aku ni problem ckit nk instal adobe photoshop

    BalasPadam
  2. haziq : hehe edit punye pasal

    azi : mmg menarik. ni lebih mudah dari photoshop

    BalasPadam