Rabu, 7 Mac 2012

Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan pada tahun ini yang mana mungkin akan bersaing bersama iPhone 4S dan iPhone 5. Pada mulanya Samsung mengumumkan bahawa Galaxy S3 tidak akan ditayangkan pada Mobile World Congress 2012 namun petunjuk yang jelas adalah ia akan dilancarkan pada majlis berasingan dalam masa beberapa bulan yang akan datang.


Samsung Galaxy S3 dan Android

Menurut sebuah laman web yang memaparkan isu mengenai telefon pintar samsung ini, Galaxy S3 akan menggunakan sistem operasi Google’s Android Ice Cream Sandwich yang menampilkan pangkalan data aplikasi yang besar (tetapi lebih kecil daripada Apple) dan permainan untuk dimuat turun. Walaupun pasaran Android tidak mempunyai aplikasi sebanyak pasaran Apple, namun sistem operasi android yang berteraskan sumber terbuka akan membenarkan lebih banyak pengubahsuaian terhadap semua sistem yang digunakan oleh telefon ini

Ciri-ciri Yang Terdapat Pada Galaxy S3

- 4.6 inci Super AMOLED Plus screen dengan resolusi 1,280×720 pixel
- 1.8GHz chip dengan 2GB RAM dengan kelebihan multi tasking yang banyak dan pengalaman gaming
- Android 4.0 Ice Cream Sandwich 
- Kualiti gambar menggunakan kamera 12 mega pixel
- Rupa bentuk dan gaya seperti Galaxy Nexus

Samsung Galaxy S3 akan memasuki pasaran Malaysia selepas pelancaran rasmi di Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Sehingga kini, harga yang sah untuk Galaxy S3 ini masih belum diumumkan oleh mana-mana pihak termasuk syarikat pengeluar iaitu Samsung sendiri.
Comments
3 Comments

3 ulasan:

mas saari berkata...

menarik ni! tapi dah terbeli note pulak..

Zahirah Dzulkifli berkata...

Tak mampu nak beli. Hahaha. Dah agak mesti mahal!

Freaky berkata...

mas : menarik tapi kewangan x cukup :P

Zahirah : huhu same la kite

 
Related Posts with Thumbnails