3g Wireless Router Untuk Pengguna Broadband

9:00 PTG

Laptop aku hanya ada 2 usb port dan masing-masing sangat rapat. Modem Broadband pula sangat lebar dan kalau cucuk pada port pertama, port nombor 2 tak dapat nak cucuk dengan benda lain sebab terhalang dengan kelebaran modem. So terpaksa guna extension port yang ada 4 lubang tu kalau nak guna broadband supaya tak ganggu port yang lagi satu. Tapi pakai extension pon leceh juga sebab tak portable dan kalau nak pindah laptop atas katil, sekali dengan extension usb kena pindah sekali.

So aku decide untuk beli 3g Wireless Router yang memang khas untuk pengguna broadband. Kenapa aku kata khas untuk pengguna broadband ? Sebab ada usb port yang membolehkan modem broadband dicucuk ke router dan kemudian korang boleh gunakan router tersebut sebagai access point. Maksudnya korang gunakan broadband melalui wireless connection ke router. Kalau nak lebih gambaran, tengok gambar kat bawah ni :

Lepas setting sikit dan cucuk pada router, broadband akan connect secara automatik selepas lebih kurang 30 saat. and...and...and hasilnya :


Harga : RM 115

Dan kat bawah ni ada screenshot interface router ni. Semuanya sangat detail dan senang nak hendel. Bagi yang first time access router pon mungkin boleh faham sebab semua sudah jelas di bahagian tepi tu. Kalau tak biasa better bawak modem pergi kedai dan suruh diorang settingkan sendiri :


Oh ya jangan lupa letakkan password yang secure seperti encryption WPA / WPA2. Takkan nak bagi orang lain guna free pulak bila kita susah-susah bayar bil broadband setiap bulan :D

p/s : Lepas ni mudah nak pindah laptop ke meja / katil tanpa gangguan usb extension.

You Might Also Like

6 ulasan