Tahap Skima Semakin Bertambah

10:20 PTG

Selamat malam kepada semua macho dan juga gadis bertudung yang putih lagi comel. Itu hari aku ada buat post pasal Awek Kedai Cermin Mata dan dalam post tu juga aku ada menceritakan bahawa aku telah pun buat spek mata yang baru. Disebabkan hari tu Selangor banyak sangat cuti jadi tempahan cermin mata aku sampai agak lewat dan mengambil masa selama lebih 1 minggu.

So bila spek mata tu dah siap, aku masa tu dah ada di Perlis bagi menyambung sesi pelajaran untuk semester baru. Maka terpaksa la ayah aku pos spek mata itu melalui pos laju. Pada hari ni spek mata aku dah selamat sampai di pejabat kolej kediaman Universiti dan sudah tentu la aku gembira tahap gaban dapat pakai spek mata baru sebab yang lama ni cermin dan bingkai dah sangat teruk.


Jenama Cyber Eyeworks

Bingkai hitam yang sedikit tebal

Menambahkan lagi tahap skima


Nah !!! ambik kau sekali bagi gambar besar gedabak supaya dapat lihat dengan jelas betapa bertambah tahap skima aku setelah pakai spek mata ni. Cermin yang baru seolah-olah membuatkan aku rasa dunia ni semakin cerah umpama ada lampu lain yang lebih terang daripada sinaran matahari dan sekaligus membuatkan aku rasa ceria.


Oh ya sempena dengan buka semester ni juga aku dah ambil baucar buku 1 malaysia yang bernilai RM200 tu.  Yang jadi masalah sekarang adalah aku tak tahu nak beli apa dengan baucar ni. Kalau ada pergi jalan-jalan ke Mall yang ada kedai buku besar seperti MPH Bookstore dan juga Popular Bookstore mungkin aku akan ada idea untuk belanja baucar ni.

You Might Also Like

13 ulasan

  1. haha bajet nk tukar spek baru jgk nih.

    BalasPadam
  2. skema la jugak..hahah..sy pon baru amik voucher tadi..:)

    BalasPadam
  3. Hahaha. Adeh. Spek nak yang skema je. Saya tak pernah tukar lagi tau spek sejak Form 3. Baucer baru ambil? Oh tidak! Jangan gunakan. Bagi je saya. Hahaha :p

    BalasPadam
  4. maintain skema...haha...aku pon x pkai lagi voucher 2....dok smpan lagi..

    BalasPadam
  5. aku pun nk wat spek tp blum bkesempatan lg...tgk la nnt...duit pun da kering ni...hehehe

    BalasPadam
  6. lia : hehe tukar la

    cik dila : saya memang skima :P

    zahirah : Ehh lamanya spek pakai.. huhu ... baucar nak bagi ? tak bole :P

    azi : tgh cari masa nak g kedai buku besar baru sedap beli

    si budak kachak : duit aku terus kering buat spek baru ni. haha

    BalasPadam
  7. skema habis da ni freaky..hee~
    tak tahu nak beli apa guna baucer tu...cuba g je popular dgn MPH tu..mana tahu ada yg berkenan ke...huhu~

    BalasPadam
  8. sama la.. sampai sekarang ni pon tak guna pon lagi baucar tuh...

    BalasPadam
  9. hua2..sje je nk tyang an spec an,,paper pon,,nice

    BalasPadam
  10. Untung sapa dapat baucar ni..rugi sapa yg tak amik..huhuhu...

    BalasPadam
  11. ezad : muahaha skima :D ... tu la aku nak g mph dan popular cuma x de masa lg

    keroro : hehe skema sket je :P

    pha : bile tah nak guna baucar ni

    syafiq : muahaha perli ye

    usahawan : saje nak tayang :)

    t-shirt printing : yep sangat bersyukur dapat baucar ni

    BalasPadam