Jumaat, 10 Februari 2012

Rumusan Musim Cuti Semester

Selamat malam semua blogger yang comel dan kacak berkunjung ke blog ini. Dah banyak hari aku tak update blog disebabkan rasa malas dan juga tak ada idea untuk menulis. Disebabkan aku hanya duduk di rumah tanpa pergi berjalan-jalan ke tempat menarik, tu pasal la idea susah nak datang dan otak aku pun jadi malas berfikir untuk mencari idea menulis.

Sekarang ni cuti semester aku pun dah hampir berakhir. Esok malam akan naik bas dan bertolak balik ke Perlis untuk menyambung sesi pengajian semester 2 bagi tahun 3. Jadi memandangkan cuti aku pun dah sampai ke penghujung, aku pun nak buat la sedikit rumusan mengenai apa yang aku buat semasa cuti hampir 1 bulan dirumah ni.



1. One Piece Marathon 


Korang tahu ke apa tu One Piece ? One Piece ni adalah kartun daripada jepun yang sama seperti Dragon Ball, Naruto dan juga Bleach. Aku start kenal dengan cerita ni masa hampir musim peperiksaan semester lepas. Jadi lepas saja habis periksa, memang kerja aku hanya layan cerita ni dari pagi sampai la ke malam. Setakat ni semua episod ada 500 lebih dan setiap satu episod tu memakan masa selama 24 minit. He he korang bayang la macam mana aku tengok cerita ni tanpa henti.

Best ke cerita ni ? Jujurnya kalau nak dibandingkan dengan Naruto, One Piece jauh lagi best dan menarik kerana jalan ceritanya menggabungkan semua unsur seperti kesedihan, perjuangan, semangat berkawan, keyakinan, lawak bodoh dan banyak lagi. Dengan beraninya aku mengaku bahawa ni adalah cerita terbaik pernah dihasilkan selepas siri Dragon Ball Z.



2. Blog Baru ( http://firdausfreaky.com/ )


Di awal musim cuti pada 22 Januari yang lepas, aku dah buat keputusan untuk angkat sebuah blog baru untuk beri lebih keselesaan kepada apa yang aku teringin nak tulis. Tak banyak pun isu yang aku nak tumpu di blog baru tu. Aku angkat tu pun sempena nak bermain-main sambil belajar dengan platform blogging Wordpress. Sementara masih muda dan ada kesempatan nak belajar sambil bersuka ria, apa salahnya ada sebiji blog Wordpress. Lagipun tak mahal, hanya RM 95 setahun.

Blog Firdaus Life ni pula kebanyakan post adalah bersifatkan peribadi jadi aku nak mengekalkan sifat tu sampai la bila-bila. Sebab tu blog ni trafik dah jatuh merudum bagai nak rak. Semua post SEO aku dah tak main kat sini. Malas nak tumpu semua tu janji aku seronok dengan apa yang aku tulis walaupun takde orang pun nak baca. hahaha


3. Selamat Tinggal Nasi Bungkus


Setiap pagi selepas menunaikan solat subuh, aku akan drive untuk membeli nasi bungkus sebagai sarapan pagi. Tak kira la nasi lemak, nasi kerabu ataupun nasi minyak, semuanya aku cuba sepanjang cuti ni dan rasa sangat seronok untuk makan nasi macam ni sebagai sarapan. Lepas kenyang bersarapan, aku ........... tidur ? Salah !! aku sambung kembali kepada aktiviti nombor 1 diatas.

Kiranya bila balik ke Perlis nanti, semua nasi bungkus ni aku dah tak makan lagi sebagai sarapan. Kat Perlis ada juga nasi bungkus tapi selera aku kurang mengena kat sana. Biasanya kat Perlis aku hanya sarapan nasi lemak ataupun roti canai saja. Nasi lain memang tak pernah makan lagi.


4. Habis Baca Beberapa Buku


Gambar kat atas ni buku aku beli semasa pergi hantar adik ke uitm lendu, Melaka. Aku beli sebab nak tambah koleksi buku cerita memandangkan cuti ni tak tahu nak buat apa. Jadi kalau ada buku boleh la buang masa sikit dengan membaca. Dengan suka dan gembira aku nak beritahu bahawa buku ni aku dah habis baca. Aku ambil masa yang lama sikit sebab aku pun sibuk dengan aktiviti lain tapi akhirnya berjaya juga dihabiskan pada 2 hari lepas. 

Ada juga buku-buku lama yang aku baca sekali lagi sebab nak hilangkan bosan antaranya Ayat-Ayat Cinta ( hua hua hua )  dan juga Harry Potter. Walaupun dah tahu jalan cerita tapi tetap baca sekali lagi bagi menambahkan lagi pemahaman ayat-ayat bahasa inggeris.

Nampaknya hanya tu je rumusan musim cuti yang aku mampu tulis dalam post ni. Nak tulis lagi panjang dan menarik memang mustahil la sebab dah takde aktiviti lain yang aku buat. Mungkin nanti balik Perlis kot baru aku ada cerita menarik untuk ditulis. Tapi nanti ada kekangan masa pula sebab sibuk dengan kelas. Haih sabo je la.

Comments
15 Comments

15 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

perghh..marathon anime One Piece...banyak kot episod dia...kalau aq, tak larat aq nak layan...haha~

selalunya kalau kat tempat lain..mmg makanan tak berapa nak sedap melainkan kat tempat kita sendiri kan...

Freaky berkata...

haha one piece terbaik wooo. skang 500 lebih dah. syok gile. ha ah makanan memang kite akan suke dengan tempat kite. tempat lain susah sket nak masuk dengan selera

Syazwan Che Deraman berkata...

sedap nasi kerabu tuh.
lamo demo cuti.

Freaky berkata...

nasi kerabu sedap sengoti. hehe x sampai sebulan pun cuti. sekejap jah

ezzyra berkata...

aku yg paling xleh lupa,nasi sarapan pagi...rindu nk mkn nasi bungkus pagi..

Freaky berkata...

haha azi samo la. sedap wess nasi bungkus

Gary Asip berkata...

banyak benda jadi musim cuti ni kan bro?.. aku pun baru beli domain baru... hehehe~.. aku malas nak run blog banyak2... aku takut aku tak dpt bagi komitmen. so, aku guna 1 blog je.. hhmmm...

Ahmad Haziq Azlan berkata...

banyak makn je cuti ni...

gua layan bleach je....

Zahirah Dzulkifli berkata...

Same with me. Saya marathon movie korea. Oh, sangat gila kan? Nasi bungkus tu sangat seronok. Memang kalau balik Besut tu memang akan makan nasi bungkus je. Memang masyukkkkk laa sedap dia tak terkata. Baca buku? -.- Tak sentuh. Haha

H.J berkata...

one piece terbaikk..aku follow komik dan juga anime..haha

Topijerami90 berkata...

haha..
kalau nk tahu one piece nie dah di iktraf komik legend iaitu sama tahap dengan dragon ball...
naruto macam sinetron indo dan drama korea..
pi mai pi mai tang tu gak...
hahaha

kiz berkata...

sapa kata tak baca blog ni..aku baca la wei cuma tak komen...hahahaha

Republic berkata...

aku suka dgn blog kau sekarang ....

JR berkata...

Bagus tu makan nasi banyak2, ia cara terbaik menternak lemak!!

Freaky berkata...

gary : ha ah banyak benda berlaku. tahniah dah ada domain sendiri :)

haziq : makan mcm bese la kena banyak. haha.. bleach aku x layan

zahirah : marathon movie korea pun best. boleh jiwang dengan aktor krea yang kacak kan ?

h.j : aku layan sume one piece. the best kot

topijerami90 : eh ye ke one piece diiktiraf sampai tahap tu dah ? aku x tau pape =_= .. naruto bosan

kiz : haha ingatkan x baca :P

republic : wah terima kasih

jr : memang bagus kalau nak gemok

 
Related Posts with Thumbnails