­

Selamat Tinggal Fivio Hosting

3:00 PTG

Pada petang Jumaat yang penuh dengan rahmat ini aku ingin mengucapkan Selamat Tinggal Fivio Hosting kerana aku akan menamatkan riwayat blog FirdausFreaky Dot Com. Sebenarnya sedih juga bila terpaksa padam / remove blog tersebut sebab aku masih sayang tapi gara-gara asyik down sampai 3 kali sebulan, maka aku buat keputusan untuk stop blogging dengan blog tu.

3 kali down dalam sebulan. Tu memang dasyat woooo. Habis terus segala mood blogging aku bila asyik down, down dan terus down sampaikan menjejaskan ranking blog dan juga index enjin carian Google. Kat bawah ni adalah sebab kenapa blog aku sering kali down : 



At least aku dapat duit balik setelah baru saja Sebulan menggunakan hosting ini. Pada permulaan blog itu diwujudkan, semuanya sangat smooth dan baik sekali. Trafik daripada enjin carian Google mengalir masuk dengan lancar dan begitu banyak sekali dengan segala keyword yang aku tumpukan dalam blog tu. Buktinya boleh tengok dalam gambar di bawah :


Banyak betul keyword yang masuk ke blog aku tu masa waktu permulaan. Tapi selepas kali pertama dan kali ke 2 down, buat la keyword dan post seo macam mana sekalipun, langsung trafik susah nak masuk dan statistik di Webmaster juga menunjukkan banyak gila error yang muncul. 


Jadi aku dah pun kehilangan satu blog tempat aku nak mengarut yang sangat aku sayang. Sebenarnya boleh je aku nak guna hosting lain tapi buat masa ni malas nak lompat hosting sebab sangat leceh. Lagipun aku masih ada 1 lagi blog menggunakan hosting sendiri iaitu Demn Blog.  

Memandangkan blog nombor 2 aku dah buang, jadi blog Firdaus Life ini akan mengalami sedikit perubahan. Maksudnya blog ni bukan lagi 100% mengenai personal tapi akan ditukar kepada 50% personal dan 50% tempat aku nak mengarut. Dah banyak bulan aku tak main post search engine jadi mungkin post yang akan datang lebih tumpukan kepada enjin carian. 


You Might Also Like

0 ulasan