Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

12:29 PG

Kalau ikutkan nafsu, memang Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog. Eh apa aku merepek ni ? Sebenarnya aku ada join satu pertandingan yang dianjurkan oleh Pengendali Blog yang mana menawarkan hadiah hosting selama 2 tahun. Yerrr jangan fikir aku salah eja pula. Memang hadiah yang ditawarkan adalah hosting selama 2 tahun. 

Jadi aku akan ambil peluang dengan mencuba nasib menyertai peraduan yang best ni walaupun peluang untuk menang itu sangat tipis lebih-lebih lagi apabila pemenang diambil berdasarkan random generator. Tapi itu semua isu nombor 2 kerana yang paling penting adalah kena menyertai, berusaha dan berdoa supaya dapat menang hosting tajaan Malaysia Web Hosting.

Jika ditakdirkan ( insyaAllah ) aku menang dalam peraduan ni, mesti korang tertanya-tanya apa yang aku nak buat dengan hadiah hosting tu kan ? Well aku sendiri pun masih tidak ada perancangan yang bagus buat masa sekarang. Bak kata orang, kasi dapat dulu baru la buat apa yang kita nak buat. Tapi rasanya tak salah kalau aku nak kongsi sikit mengenai apa yang aku nak buat dengan hadiah hosting tu.


Blog Makanan 


Aku suka makan dan boleh kata agak kuat makan. Jadi kalau aku dapat hosting ni, aku akan buat blog pasal apa aku makan hari ni bersama dengan gambar makanan yang sangat lazat, enak berkrim disukai ramai. Apabila tibanya bulan Ramadhan, boleh la aku santap gambar makanan di blog kalau dah rasa sangat lapar. haha kurus habis pahala puasa aku nanti.

Selain tumpukan kepada makanan, aku juga mungkin akan tumpu kepada minuman. Tanpa minuman, makanan pasti akan rasa sangat boring. Bagi menambah koleksi gambar makanan dan minuman di blog tersebut, aku akan travel dari 1 kedai kemudian ke kedai makan yang lain bagi merasai makanan yang pelbagai. Best kan ? :D


Rasanya hanya satu perkara ni sahaja yang aku akan lakukan jika mendapat hadiah hosting peraduan ni. Jangan lupa doakan aku menang peraduan ni dan dapat tajaan hosting selama 2 tahun. Oh ya syarat menyertai peraduan anjuran Pengendali Blog adalah seperti di bawah ni :

Syarat Penyertaan 

- Penyertaan terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia. 
- Tarikh penyertaan bermula dari 7/2/2012 sehingga 20/2/2012.
- Pemenang akan diumumkan pada 21/2/2012 di laman web Pengendali Blog.
- Entri peraduan yang diterbitkan mengikut seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan di atas.
- Blog yang mendapat tempat pertama dalam keputusan random.org – List Randomizer yang dipilih secara rawak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
- Hadiah tidak boleh ditukar atau ditukar hak milik.
- Sebagai penghargaan, pemenang diminta untuk meletakkan link/URL laman web penganjur, Elfbytes Web Hosting, di hosting yang dimenangi selama dua (2) tahun.
- Segala keputusan adalah muktamad.

You Might Also Like

8 ulasan

  1. wahhh..blog pasal makanan...menarik2...

    all the best freaky...:D

    BalasPadam
  2. Macam seronok je part blog makanan tu. Dah terasa lapar dah ni. Hahahaha. Goodluck bro! :D

    BalasPadam
  3. ezad : thanx bro

    cik teddy : thanx

    zahirah : memang seronok.. harap2 ade rezeki menang hosting

    BalasPadam
  4. Memang best kalau dapat buat blog pasal makan ni.. Boleh gak kongsi2 resepi sekali.. Buat review.. nanti boleh jadi rujukan orang ramai.. best2..

    BalasPadam