Apa Yang Menarik Dengan Blogging

10:00 PTG

Selamat malam kepada semua ahli majlis tertinggi yang hensem dan comel blog Firdaus Life ni. Dah beberapa hari blog ini tidak berupdate kerana aku agak sibuk dengan persiapan untuk buka semester baru dan pagi tadi aku telah selamat sampai ke negeri Perlis Indera Kayangan bagi meneruskan sesi pengajian sebagai salah seorang pelajar IPTA.

Walaupun aku ni seorang pelajar yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti yang lain, namun semua tu tak pernah halang aku daripada melakukan aktiviti blogging. Tapi... kadang-kadang ada la juga gangguan yang menyebabkan aku tidak dapat menulis di blog yang boring ini namun semua tu tidak lama kerana kekuatan dan nafsu ransangan aku pada dunia blog sangat kuat. 

Ada orang pernah tanya satu soalan yang menarik kepada aku :


" Apa yang kau dapat daripada blog ? "

*** erk macam mana aku nak jawab ye ? Kalau aku kata dapat sikit duit poket mesti dia tak percaya. Nak kata dapat awek blogger bertudung yang cun pun mesti dia takkan percaya juga. Jadi aku hanya jawab :


" Tak dapat ape pun. Dapat kepuasan je " 

" Ceh bodoh betul. Buang masa je semua tu " balas dia 


*** Padan muka aku dapat bodoh satu lepas tu dapat buang masa lagi satu. Dua biji kena atas kepala


Sebenarnya aku malas nak terangkan dengan panjang lebar kat orang tu mengenai apa yang aku dapat dan rasa menarik dengan aktiviti blogging ni. Sebabnya perasaan puas dan seronok tu tak dapat digambarkan dengan penjelasan dan kata-kata.


1. Perkongsian

Bila sebut saja pasal blog, sebenarnya ia merujuk kepada perkongsian. Tak kira la perkongsian maklumat, hiburan, ataupun juga kehidupan, semua itu telah ada dalam dunia blog sekarang. Yang menarik dan berasa sangat puas hati pasal perkongsian ini adalah tuan punya blog itu sendiri. Bagi yang ada blog pasti faham macam mana rasa puas tu apabila kita selesai menaip, kemudian publish post tersebut dan mendapat respon daripada pembaca. Rasa hepi gila babas kan ? Well tu la yang aku selalu rasa kat blog ni :)

Tapi bagi yang jenis buat blog kemudian private tu aku taknak kata ape la pasal tu. Nanti kalau aku kata, mati aku dikerjakan dengan golongan yang suka privatekan blog tu. Cumanya yang perlu beringat dalam perkongsian di blog ada batasnya dan bukan semua boleh dikongsikan. Jangan pula duk cerita pasal kehilangan dara macam kes minah evan hari tu dikongsikan dalam blog. Tak pasal-pasal masuk dalam surat khabar pula.


2. Kategori


Perkongsian ni sangat banyak sampai tak mampu nak kira dengan kalkulator sekalipun. Begitu juga dengan kategori blog. Ada orang suka untuk menulis blog peribadi, ada juga yang suka menulis blog sukan, tidak lupa juga kepada blog teknologi, maklumat, makanan dan juga fotografi. Semua kategori ini yang menjadikan blogging sangat menarik kerana mempunyai penulisan dan juga bahan bacaan yang pelbagai. Sebagai contoh :

1. Blog Republic Aku menumpukan kepada penulisan membasuh minda

2. Blog Forblogger.net menumpukan kepada tips-tips SEO

3. Blog Begins At Forty pula menumpukan kepada penceritaan bergambar.


3. Gathering Blogger


Siapa yang dah pernah hadir gathering mesti tahu betapa seronoknya dapat berjumpa kawan-kawan blogger yang lain. Selalu kita hanya baca penulisan dan juga melihat gambar yang ada di blog saja. Tapi bila ada saja gathering, kita boleh menjalinkan hubungan yang lebih rapat lagi dengan tuan punya blog yang kita selalu baca. Sangat seronok duduk semeja sambil makan dan bersuka ria berbincang mengenai isu blogging, isu pendapatan blog, masalah blogger sekarang dan penyelesaiannya. 

Walaupun aku baru 1 kali menghadiri gathering blogger universiti tapi kali pertama tu yang buatkan aku nak hadir lagi pada masa akan datang. Bukan saja dapat mengeratkan hubungan sesama blogger malah dapat berkongsi tips-tips serta berkongsi ilmu yang sangat berguna. 


Rasanya hanya ni je yang mampu aku senaraikan buat masa ni. Kalau nak ikutkan kepala otak aku memang banyak lagi perkara yang menarik dalam blogging ni antaranya cabaran mengubahsuai rupa blog, cabaran menjadikan post mesra enjin carian Google dan Yahoo,  dan juga cabaran menghasilkan post yang berkualiti. Semua tu juga membuatkan aku rasa blogging sangat menarik sampaikan aku gagal mengawalnya.

You Might Also Like

15 ulasan

  1. aku tak join lagi gathering blogger.

    baru ni, hari sabtu, pukul 9.30, aku jupo mg kat kedai gunting rambut, time tu kedai tak bukok lagi, aku on the way dari rumah ke pasar kuala besut..

    mg doh wok?

    BalasPadam
  2. syazwan : eeehhh ? kedai gunting rambut dekat skoloh nurul ittifaq ko ? jo lo la tu

    BalasPadam
  3. banyak lagi kelebihan berblog. tapi tak semua orang paham.. huhuhu~..

    BalasPadam
  4. tak penah join gathering lg tp teringin la nk wat 1 hari nnt...

    BalasPadam
  5. hooo..dekat sekolah tu la..time tu tutup..

    BalasPadam
  6. tak pernah join gathering dgn blogger2...pernah kot...tapi yang sama fakulti...ramai la jgk..

    BalasPadam
  7. kelebihan berblog lebih dirasai dengan dapat innity supo nga demo..
    haha

    BalasPadam
  8. akak berblog kerana seronok nak kongsi cerita dan sedikit ilmu untuk para pembaca... memang memberi kepuasan!

    duit tu kalau dapat bagi akak ianya satu bonus dan juga rezeki..

    BalasPadam
  9. Hanya blogger yang tahu kemanisan blogging, ye tak? :)

    BalasPadam
  10. betol2... kadang2 kepuasan tu tak dapat nk di ungkapkan dengan kata2.. hehehe

    BalasPadam
  11. bila nak buat gathering lagi freaky??haha

    BalasPadam
  12. Hanya blogger je mengerti perasaan blogger yang lain, kan? Hahaha. Pedulikan mereka :D

    BalasPadam
  13. gary : ha ah hanya blogger je yang paham :)

    si budak kachak : join la bro. best dapat jumpa dan sembang dengan blogger lain

    syazwan : haha kawe doh tu

    ahmad : i love blogging too

    anisa : join la. best dapat jumpa dengan blogger lain

    topiejerami : haha innity no 2 bang.. yang penting enjoy

    mas : yep berkongsi melalui blog memang seronok kak

    amir : ye sangat setuju.. blogger je paham

    pha is : hehe syok blogging ni

    h.j : x tau la bila nak buat gathering lg. huhu

    zahirah : yep setuju !! blogger je yang faham :)

    BalasPadam
  14. memang ramai pun yang tak faham apa kelebihan berblogging, sedangkan mereka sendiri bukannya ada dalam dunia blog ni pun...

    BalasPadam