Saturday, February 4, 2012

Awek Kedai Cermin Mata

Petang tadi aku ada pergi ke town sekejap untuk buat spek mata baru sebab cermin mata yang lama ni dah nampak sangat uzur sampaikan tak dapat nak dicuci dengan chloroc sekalipun. Jadi dengan membawa duit sebanyak RM 500 aku berazam dan nekad untuk mencari cermin mata yang baru setelah 3 tahun menggunakan yang lama ni. Ciri-ciri cermin mata yang aku nak cari tadi adalah berkonsepkan nerd / skima tahap gaban. 

Setelah puas menilik kesemua bingkai cermin mata yang ada di kedai tu, aku akhirnya gersang untuk memilih bingkai seperti dalam gambar di bawah ni :


- Cyber Eyeworks, brand kegemaran aku.

- Full plastic

- Bingkai yang agak tebal

- Menambahkan lagi tahap nerd dan skima berlipat kali ganda. Yeah !!!

Setelah bergaduh, bertumpbuk,  kira-kira dan membuat potongan, harga untuk spek mata baru aku ni mencecah RM 410 . Fuuuuuuuu harga setiap tahun semakin naik dan semakin mahal. Masa dulu-dulu aku buat spek pun harga sekitar RM 250 je. Sekarang cecah 400+ dan boleh sampai ke 1k kalau guna bingkai branded.

Oh ya lupa nak beritahu bahawa kat kedai cermin mata, jurujual itu seorang gadis yang cun dan masih muda. Aku kira umur dia pun lebih kurang aku la kot. Sepanjang aku duk cuba dan acu try test segala bingkai yang ada sambil pandang kat cermin, gadis tu duk senyum n gelak kecil kat aku. Tah ape yang lawak pun aku tak tahu. Mungkin lawak tengok perangai aku duk mencuba banyak bingkai dalam kedai tu kot.

Selepas dah buat keputusan nak ambil bingkai cermin mata dalam gambar di atas, gadis itu pun mencatitkan sesuatu diatas resit pembayaran. Cermin mata aku tak dapat diambil pada hari ni sebab cermin yang sesuai dengan bingkai ni kena buat tempahan dulu. Jadi dalam masa 4 atau 5 hari kemudian baru la cermin mata yang baru aku ni siap. Sambil gadis tu mencatit sesuatu kat slip bayaran tu, dia pun tanya kat aku :


" nak nombor telefon " gadis tu bersuara lembut

" Emm ? nombor telefon buat ape ? " tanya aku

" Sebab cermin ni mungkin sampai dalam 4 atau 5 hari lagi dan tak confirm. Nanti kalau dah siap boleh saya call dan datang ambil " dia menjelaskan kat aku

" Ooo ok. Ingatkan nak ambil nombor telefon sebab nak berkenalan tadi "


Bila dengar je aku bagi ayat macam tu, gadis itu pun tersenyum manis sambil menundukkan mukanya. Aku pun bagi la nombor telefon sambil dia tulis kat slip bayaran tu :

" 013 621 XXXX ... Nanti jangan lupa save nombor tu kat fone " Aku cuba bergurau

" ok " balasnya sambil tersenyum lebih manis

" Kalau macam tu saya bayar habis terus la ye. Nanti lain kali tak perlu bawa duit banyak lagi "

" Semua sekali RM 410 " katanya


Kemudian aku menghulurkan wang sebanyak rm 500 kepada dia dan dia memulangkan baki sebanyak RM 90 sambil menghulurkan slip pembayaran. Aku ucapkan terima kasih dengan berbekalkan senyuman dan gadis itu membalas senyuman aku kembali. Lepas tu aku balik la. 

Comments
11 Comments

11 comments:

shiema sufian said...

ade hati nak menggatal dengan anak dara orang. hikhik

emy|farid said...

agak perasan ayat di situ. haha

Zahirah Dzulkifli said...

Wah siap main save nombor pula ye? Hoho

Freaky said...

shiema : haha sekali sekala :P

emy : adess kena ayat perasan lak

zahirah : ehem kena berani

diana amin said...

sambil mnyelam minum air. ahaks

Gary Asip said...

semoga awek bro membaca entri ini... kah3...

Si BuDaK KaChAk said...

kdai tu kt mana bro???agk2 aku boleh try tak???Hahaha

Ezad Skytech said...

haha..sempat lagi tu...:D

yad'z said...

hahahaha... untunglah awek mintak nombor. hehee

[sutera kasih] said...

hehe sambil menyelam minum air yeee

Freaky said...

diana amin : ahaks skali skala

gary : haha kejamnye gary

si budak : kedai tu kat area besut.. try la kalau sudi

ezad : haha ada peluang ni

yadz : huhu takde untung sangat

sutera : ape salahnya kan :P

 
Related Posts with Thumbnails