Khamis, 12 Julai 2012

Outstation Ke Johor Versi Gambar

Minggu lepas pada hari Isnin sampai ke hari Khamis aku kena follow 2 orang staff tempat praktikal ni outstation ke Kluang, Johor atau dengan lebih tepatnya ke Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Selatan. Hari ni baru berkesempatan nak update kerja yang minggu lepas sebab hari Sabtu minggu lepas juga kena bertolak pergi ke Kemaman, Terengganu selama 4 hari dan baru balik semalam, hari Rabu .

Kerja kat sana takde berat sangat cuma kena buat Preventive Maintenance kat 153  komputer dan 40 lebih printer. Bunyi macam banyak je kan ? Tapi yang buat kerja seramai 4 orang termasuk aku dan dalam 4 hari tu memang sempat sangat nak siapkan semuanya. Boleh je nak siapkan semuanya dalam masa 3 hari tapi kerjasama pihak ICT dan pegawai mereka berikan agak kurang menyebabkan banyak kerja agak slow dan kelam kabut sikit.

So ape yang menarik pasal outstation di Kluang, Johor minggu lepas ? First sekali adalah tempat kami menginap iaitu Homestay yang agak besar dan selesa untuk bersantai lepas seharian buat kerja.


Selain tempat menginap yang cukup selesa, banyak pengalaman kerja yang dapat belajar sama ada pahit dan manis.Yang pahit tu agak tensen dan kena ambil pengajaran untuk masa depan. Yang manis pulak tu kena kekalkan untuk lokasi seterusnya di INTAN Sungai Petani pada minggu depan. Kat bawah ade sedikit gambar yang aku snap sepanjang menjalankan kerja-kerja Preventive Maintenance. Banyak gambar santai daripada gambar buat kerja. 






p/s : 2 lokasi dah setel. Ade Sungai Petani dan Bukit Kiara je yang tinggal
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails