Isnin, 25 Jun 2012

Latihan Industri Versi Mid Valley

Alhamdulillah dapat juga aku update blog comel yang dah lama tak tengok ni. Bukan sebab sibuk tapi sebab malas dan takde mood membuatkan aku malas nak update dan tengok blog ni. Minggu pertama Praktikal ( Latihan Industri ) di syarikat Contras Capital Sdn Bhd yang terletak di Ampang sangat menyeronokkan buat masa ni walaupun masih takde banyak kerja tapi banyak juga pengalaman kerja yang aku grab sendiri dengan follow staf-staf pergi buat kerja sama ada travel ke tempat lain dan juga duduk ofis menaip sedikit.

Setakat ni pengalaman yang aku dapat adalah memasang CCTV di ibu pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang mana dapat ilmu mengenai komponen dalam cctv, setup dan juga kaedah pemasangan. Kaedah pemasangan tu yang agak bahaya sikit sebab ada yang sampai kena panjat bumbung yang tinggi untuk pasang sesetengah kamera tapi masih lagi menyeronokkan walaupun agak penat sikit. 

Lepas tu aku ada pergi Tender Briefing dekat Ibu Pejabat Mara. Kat sana dapat pengenalan sikit pasal tender-tender projek ni dan ape yang kena ada dalam tender tersebut. Yang part tender ni aku agak blur sikit sebab kerja pejabat dan bertulis yang tak pernah buat ni agak susah berbanding kerja-kerja mekanikal. Tapi walaupun blur pasal briefing tender tu aku layankan je la sebab nak ambil pengalaman walaupun sepatah haram tak faham ape yang mereka duk briefing tu. huhu

2 Julai ni pula aku akan ke Kluang, Johor selama 4 hari untuk Installation Hardware. Ape yang kena setup kat sana tak pasti lagi tapi mungkin berkaitan komputer dan sistem juga kot. Lepas tu minggu depan kena pergi ke Kemaman, Terengganu dan minggu seterusnya ke Sungai Petani. Kiranya untuk 3 minggu yang akan datang aku hanya travel je la jawabnya sambil buat kerja. Penat ? Mungkin penat tapi pengalaman lebih penting. Lagipun aku jenis suka travel berbanding duduk pejabat takde kerja yang nak dibuat.

Ok habis pasal praktikal untuk minggu pertama. Kerja sikit sebab projek masih tak jalan lagi buat masa ni. and...and...and pada hujung minggu baru-baru ni aku dan kawan-kawan pergi jalan-jalan area KL dengan tujuan untuk jumpa lagi seorang kawan yang berkerja di area kl juga. So kami berempat termasuk aku decide untuk jumpa kat Mid Valley. Aktiviti kat sana hanya nak habiskan duit dengan tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan dan yang paling utama adalah cuci mata tengok awek-awek kl. Muahaha jahat gile kan main event ?

Lepak-lepak dan berehat sekejap lepas penat berjalan pusing satu Mid Valley.

Sesak kat Mid Valley. Maklum la hujung minggu kan ramai yang keluar

and...

and...

and...

awek yang sempat snap semalam. kih kih cun kan ?


Comments
13 Comments

13 ulasan:

TK berkata...

TK pulak baru je habis praktikal... huhu~ sedih nak tinggalkan tempat tu..! best tau kat sana...

Freaky berkata...

yep sangat best praktikal. enjoy dengan keje :)

eddikl berkata...

praktikal yang enjoy mesti bagus

PenaGelap berkata...

geng cari awek.. hadoi... aku dgn pan dok kt TM, awek dok cari kami.. xlarat nk mengelak dh nie.. haha

azri johan berkata...

seronok siot jalan2 KL...


p/s: tolong pasang cctv kat bilik aku boleh tak? Hehehe..

Ezad Skytech berkata...

best kot kalau pratikal tapi byk travel...dok kat pejabat bosan kot..haha..

> sempat lagi snap2 pic awek ye kat sana..haha~

Pit Kassim berkata...

aku rse smua budak praktikal laki mesti ada niat nak cari aawek hahaha

NASZ berkata...

salam kenal. dah follow awak.

comel la awek tu. hehehe.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

hasrul hassan berkata...

kim salam awek tu .. hehehe...
bro hh pun biasa gak pasang cctv ni, siap panjat2 bumbung la .... kalau siang sejuk tak apa, nih naik time tghari ..perghh memang berapi badan dibuatnya.

azri johan berkata...

jemput join contest ni wei:

Eyriqazz VS Denaihati

Freaky berkata...

eddikl : ok la enjoy gak wat keje yang x pernah dibuat

pena gelap : hehe bukan geng cari awek, geng skodeng awek je. untunglaaaa ramai awek sana

azri : syok gak ah :D

ezad : boleh tahan la syok travel tp penat sket la

pit : haha xde la semua. sikit2 ade la niatnye

nasz : thanx. dah follow :)

hh : x dpt nak kim salam bro :P ... ha ah panjat bumbung tengah panas. menggelegak otak :D

azri : nanti aku join kalau aku rajin :D

azri johan berkata...

okay, hope kau rajin lah.. nnt kita boleh kerjasama untuk contest ni. Hehehe..

wanayu berkata...

ramai gak org kat mid valley tu

 
Related Posts with Thumbnails