Rabu, 12 September 2012

Selamat Datang Semester 7

Minggu ni bermulanya semester baru bagi pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) . Bagi aku pula sekarang sudahnya pun memasuki semester 7 dan semester depan pula yang terakhir bagi aku menghabiskan sesi pengajian di UniMAP. Sedar tak sedar rupanya dah tahun ke 4 aku berada di sini. Teringat masa mula-mula masuk dulu yang mana asyik fikir tempoh masa 4 tahun yang cukup lama terpaksa aku habiskan disini.

Hari ni dah masuk hari ke 3 sesi pembelajaran semester ni dan alhamdulillah buat masa sekarang masih agak santai dan rilek. Tunggu masuk minggu depan dan minggu seterusnya sampai ke minggu final exam memang susah nak jumpa rilek sebab banyak kerja. So pagi tadi pun makmal dah ada tapi takde buat apa sangat sekadar pengenalan dan configure aplikasi yang bakal kami sekelas gunakan sepanjang semester ni. 

Pensyarah dan juga pembantu makmal sibuk menyiapkan komputer bagi memulakan sesi pembelajaran. Minggu ni masih ramai pelajar yang tidak datang dan kelas aku pun kehadiran pagi tadi tidak sampai separuh. Ramai lagi yang still enjoy di kampung dan ada yang dah datang ke kampus tapi masih malas untuk pergi ke kelas. hehe even aku sendiri pun malas juga nak pergi kelas untuk minggu pengenalan pertama ni. Minggu depan baru serius belajar.


Ada yang riang dan ada yang serius air muka kawan sekelas. Riang sebab dapat jumpa kembali kawan-kawan sekelas dan Serius sebab tersaiko dengan subjek yang agak susah berserta Final Year Project yang kena dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun akhir.


Keep Calm and Game On


p/s : Study tu study jugak. Game tetap jalan. Ha Ha Ha
Comments
4 Comments

4 ulasan:

Zul Fattah berkata...

salam oh. do the best n gud luck 4 this sem.

Namazi Rashid berkata...

All the best bro..May Allah ease your way tok final ni

Cik Tie@Akak berkata...

selamat belajar kembali..lompat..lompat akhirnya sampai gak akak kat sini

Luqeem™ berkata...

lama gila tak singgah blog ni. hahaha. dekat setahun dak kot. :p

just ronda2.

 
Related Posts with Thumbnails