Shopping Di Plaza Low Yat dan Sogo

11:47 PTG

Sekarang ni asal aku update blog je mesti pasal shopping dan jalan-jalan ataupun yang sama waktu dengannya. Waaaa banyak sungguh duit aku kan sampai tiap minggu keluar mesti shopping dan enjoy sakan punya. Biasa la orang bujang katekan nak cakap duit banyak tu takde la sangat tapi tetap nak jalan-jalan dan cari barang keperluan juga. 

Jadinye pun lepas zohor petang tadi aku dan 2 orang roomate pergi cari barang sambil cuci mata di Plaza Low Yat dan juga pusat beli belah Sogo. Pergi Low Yat bukan beli banyak pun cuma nak dapatkan katalog harga je sebab hujung Praktikal nanti aku ingat nak shopping untuk buat Desktop sebiji sempena menyambut permulaan kepada tahun akhir pengajian di Universiti Malaysia Perlis. Kalau ada dan dimurahkan rezeki, InsyaAllah dapat la aku buat 1 komputer pada hujung praktikal nanti. Kalau x dapat pun takpe la, nak buat macam mana dah kan ?

Main subject pergi Low Yat tadi untuk ambil katalog barangan dan juga beli 2 biji Pendrive :

Iiissshhhh jenama ape pendrive aku beli tu ? Haaa kalau nak tahu yang sebelah kiri jenama Imation tu merupakan pendrive bukan High End yang paling laju pernah aku guna. Read / Write Speed bagi Imation adalah melebihi 10Mbps dan boleh capai sampai 18Mbps. Jenama Kingston yang ramai orang duk beli kalau bukan High End hanya 4Mbps je dan yang paling laju aku pernah guna boleh cecah sampai 6Mbps je. Ape yang best pasal Imation ni adalah ia dah sediakan software untuk format dalam pendrive ni. Maksudnya bila nak format, korang hanya gunakan software yang dah disediakan dan kelajuan pendrive korang akan maintain selagi format menggunakan software mereka.

Yang jenama Sony aku tak pernah guna lagi dan aku beli tu pun atas sebab Gamble. Maksudnya gamble risiko sama ada pendrive ni slow / laju. Balik tadi lepas cuba test Benchmark pendrive Sony ni, max speed boleh capai sampai 31.5 Mbps dan memang sangat laju berbanding yang jenama Imation tadi. So kalau ada yang nak beli pendrive yang murah tapi laju untuk Write and Read, aku cadangkan beli jenama Imation, Sony dan juga Transcend ( Jet Flash ).

Tu baru kat Low Yat, kat pusat beli belah Sogo pulak aku shopping baju kemeja untuk dibawa pergi Outstation ke Johor pada esok hari. 


Beli 2 helai je. Buat ape beli banyak-banyak. Membazir je lagipun outstation ke Johor selama 4 hari je. Next week pulak outstation ke Kemaman dan minggu lagi satu ke Sungai Petani. Okeh nak packing dan rehat dulu. Esok pagi mungkin tolak awal ke Johor :)

You Might Also Like

6 ulasan

  1. waaaa... boss saya sudah manyak wang maaa :p

    p/s: bila nak belanje aku Mekdi, hehe

    Join le: Eyriqazz VS Denaihati

    BalasPadam
  2. lame dh tk g lowyat.. tp g sogo slalu

    BalasPadam
  3. zie pon gne pendrive imation ^.~
    lame dah xjenjalan lowyat..sangat jelez bace entry nie..grr

    BalasPadam
  4. well tips untuk pendrive klo nak ble beli la selain dr jenama kingstone cz kingstone lambat sgt ble nak transfer file =)

    BalasPadam
  5. azri : mane de banyak wang maaa

    sue : same la selalu g sogo gak

    eizara : haa cepat2 la pergi lowyat. bole shopping.

    asyraf : xde la sakan sangat. sket2 je

    anak denesor : yep kingston sangat slow. better ambil Imation

    BalasPadam