Charger Adapter Yang Terbaik Untuk Telefon Pintar

9:36 PTG

Pada pendapat saya, Charger Adapter Yang Terbaik Untuk Telefon Pintar adalah yang mampu cas bateri dengan cepat dan pada masa yang sama mampu mengecas beberapa peranti lain.

Saya mempunyai 2 telefon pintar, isteri saya mempunyai 1 telefon, dan kami berdua mempunyai 4 ketul power bank ( jangan tanya macam mana boleh sampai ada 4 ketul ). 2 power bank tinggal di rumah dan 2 lagi saya dan isteri bawa pergi ke mana saja termasuk ke tempat kerja sebagai bateri tambahan.

Biasanya dalam 2 atau 3 hari sekali, saya terpaksa cas 4 buah peranti serentak dan untuk cas 4 buah peranti ini saya perlukan 4 adapter yang mana telah memakan ruang dan juga agak menyusahkan untuk dibawa kemana saja.

Jadi penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan adapter yang mempunyai banyak port yang membolehkan pengecasan beberapa peranti dengan serentak.

Selepas beberapa lama mengkaji dan membaca ulasan pengguna lain, berikut adalah beberapa adapter yang terbaik bukan sahaja mampu cas banyak peranti malah menyokong pengecasan pantas.


1. AUKEY PA-T15



Saya tidak akan tulis secara terperinci mengenai spesifikasi adapter ini tetapi model keluaran aukey ini dilengkapi Pengecasan Pantas Qualcomm 3.0 yang mana mampu mengecas peranti yang bersesuaian sehingga 80% dalam masa 35 minit.

Dengan adanya 5 port pengecasan, saya boleh ucapkan selamat tinggal kepada 4 adapter lain yang selalu guna dan hanya perlu bawa 1 adapter ini kemana sahaja.

Sementara 1 port menyokong pengecasan pantas, 4 port selebihnya pula berfungsi pada kadar keluaran maksimum 5V 7.2A, masih lagi pantas berbanding pengecas lain yang ada di pasaran.

Kebanyakan ulasan pengguna yang telah menggunakan adapter ini berpuas hati dengan prestasi cas peranti mereka. Jadi kalau anda mempunyai banyak peranti seperti saya, anda boleh cuba menggunakan adapter ini.


2. LDNIO A2405Q


Jenama Ldnio ini sesuai untuk anda jika mempunyai bajet yang rendah tetapi masih mahu adapter yang menyokong pengecasan pantas. Namun perlu hati-hati dengan model Ldnio kerana kebanyakan jenama ini banyak yang palsu dan tidak cas dengan pantas seperti yang tertera pada spesifikasi.

A2405Q adalah yang model yang paling boleh dipercayai dalam banyak-banyak adapter jenama Ldnio dan menyokong Pengecasan Pantas Qualcomm 2.0.

Walaupun pengecasan tidak sepantas jenama Aukey yang dilengkapi Qualcomm 3.0, tetapi adapter ini sudah cukup pantas kalau nak dibandingkan dengan adapter biasa yang berada di pasaran dan semestinya dapat menjimatkan tempoh waktu cas.

Adapter ini hanya mempunyai 2 port sahaja tetapi pada pandangan saya ini sudah mencukupi kerana jika saya beli 2 adapter yang sama, saya hanya perlu bawa 2 adapter sahaja berbanding 4 adapter yang saya gunakan sekarang.


3. Tronsmart U5PTA


Sebenarnya ini kali pertama saya dengar jenama tronsmart namun begitu ulasan pengguna yang baik mengenai adapter ini membuatkan saya rasa berbaloi untuk ditulis.

Sama seperti jenama Aukey, adapter daripada Tronsmart ini juga menyokong Pengecasan Pantas Qualcomm 3.0 dan model yang mempunyai 5 port pengecasan.

Jadi siapa yang banyak peranti, boleh juga membeli adapter daripada Tronsmart dan tidak perlu lagi menggunakan banyak adapter untuk cas semua peranti dalam satu masa.


Apa yang saya senaraikan di atas adalah model yang mempunyai banyak port. Namun jangan risau jika anda hanya ada 1 telefon sahaja untuk dicas kerana kesemua jenama yang saya senaraikan turut juga mempunyai adapter pengecasan pantas 1 port sahaja.

Berdasarkan harga pula, semestinya yang paling murah adalah daripada jenama Ldnio dengan lingkungan harga RM 30 hingga RM 40 manakal jenama Aukey dan Tronsmart berada dalam harga RM 120 hingga RM 140.

Kalau rasa jenama Aukey dan Tronsmart terlalu mahal, jangan risau kerana terdapat juga model yang hanya ada 1 port dan 2 port sahaja, sesuai untuk anda yang ada 1 atau 2 telefon pintar dan harga sekitar RM 50 hingga RM 70.

Selamat membeli :)

You Might Also Like

0 ulasan