Printer Baru HP Ink Tank 315
5:49 PTGMinggu lepas saya beli printer baru HP Ink Tank 315 dan ini merupakan naik taraf kepada printer lama yang telah saya gunakan selama 2 tahun 6 bulan. Pada mulanya saya ingat nak beli HP Deskjet GT 5820 kerana saya mengidam model yang tu sejak tahun lepas lagi tetapi tak sangka pula bila pergi kedai, ada model baru.
Tanpa berfikir panjang, terus saya beli sebiji pada harga RM 599. Dengan harga tersebut, saya dapat printer dan juga 4 botol dakwat warna ( hitam, biru, merah, kuning ). Kesemua 4 botol itu mengandungi 70ml dakwat kecuali dakwat hitam yang mengandungi 80ml.
Harga bagi 1 botol dakwat sebanyak 70ml pula adalah sekitar RM 30. Jadi kalau 4 botol dakwat, harga kesemuanya RM 120. Bagi saya sangat murah kerana mengikut spesifikasi, printer ini mampu mencetak 8000 halaman berwarna dan 6000 halaman hitam putih dengan sekali isian 4 botol dakwat.
Dari segi kualiti cetakan, saya dapati bukan sahaja sesuai untuk cetak tulisan malah printer ini sesuai untuk mencetak gambar tanpa sempadan dari saiz 4R hingga ke saiz A4. Saya sendiri sudah gunakan printer ini untuk mencetak lebih beratus gambar sejak minggu lepas dan sangat gembira dengan kualiti cetakan.
Semasa kali pertama nak pasang printer ni, caranya agak mencabar sedikit berbanding printer yang gunakan katrij biasa. Saya nasihatkan baca manual secara terperinci dan faham terlebih dahulu baru cuba untuk setup printer atau lebih mudah minta kedai je buatkan untuk pertama kali kerana kedai biasanya tahu cara nak setup.
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen di bawah. Saya pun baru je guna printer ni dan tak hadapi sebarang masalah lagi setakat ini. Kalau ada yang menghadapi masalah boleh berkongsi dan kita sama-sama bantu selesaikan masalah.
0 ulasan