Mencuba Menu Baru KFC Zinger Cheezilla

5:29 PTG

Baru-baru ni KFC Malaysia ada memperkenalkan menu baru yang dipanggil Zinger Cheezilla. Sebagai salah seorang yang gemuk dan juga peminat setia kfc, saya taknak lepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba menu baru.

Apabila sampai je di restoran kfc, saya sedikit terkejut melihat tanda harga menu baru ini yang mencecah RM 16.90 untuk 1 set. Saya ingatkan menu ni paling mahal mungkin pada harga RM 15 tetapi tak sangka rupanya lagi mahal daripada jangkaan.

Disebabkan teringin sangat nak cuba makan, saya order 1 set. Selepas 10 minit menunggu, baru sampai burger  tu ke meja saya.


Jadi pada harga RM 16.90, anda akan dapat sebiji burger zinger cheezilla, kentang goreng, dan juga minuman ringan.

Di dalam kotak tu semestinya ada burger yang saya impikan. Benda yang menarik disini adalah semasa buka kotak, saya tak nampak burger tu dulu tetapi saya dapati burger itu turut dibungkus (wrap) sekali lagi. Rasanya burger ni dibungkus untuk mengekalkan haba panas supaya apabila makan, kita masih rasa kehangatan burger dan rasa segar macam baru keluar oven.

Lepas buka balutan, ini dia rupa burger yang diimpikan :



Cantik kan nampak keju kekuningan meleleh keluar daripada daging ayam goreng dan juga roti ?

Saiz burger ni kalau tengok pada gambar diatas dah dapat agak bahawa ia lebih tebal berbanding burger zinger biasa kerana di bawah lapisan ayam goreng, terdapat Mozarella Cheese Patty yang semestinya membuatkan saya rasa kagum setiap kali gigit burger ini.

Saya tak dapat nak gambar dan tulis dengan jelas perasaan apabila rasa keju leleh bercampur dengan keju mozarella di dalam mulut ditambah lagi dengan kerangupan ( crunchy ) daging ayam goreng tetapi saya pasti siapa yang makan tak akan rasa menyesal dengan menu ni. Ini adalah impian dan mimpi menjadi realiti bagi peminat kfc dan juga peminat keju.

Haaa tunggu apa lagi ? Cepat pergi ke kfc sekarang dan order menu ni. Kalau ada duit lebih sikit jangan lupa belanja saya sebiji ye ?

You Might Also Like

0 ulasan