­

Cara Mudah Untuk Akses Ke Laman Medium Dot Com

10:42 PTG


Cara Mudah Untuk Akses Ke Laman Medium Dot Com ni sebenarnya banyak kaedah boleh pakai. Antaranya adalah dengan menggunakan VPN, tukar DNS server, guna aplikasi medium, dan paling tak leh blah adalah pergi ke luar negara sebab laman ini hanya di halang di Malaysia sahaja.

Kepada yang masih tak tahu apa itu laman sesawang medium dot com, ia adalah platform penerbitan dalam talian yang berkongsi pelbagai idea dan perspektif daripada penulis seluruh dunia.

Terdapat banyak topic menarik yang seronok di baca dan sangat sesuai untuk anda yang dahagakan pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman orang lain.

Biasanya topik yang menjadi pilihan pembacaan saya adalah berkaitan, ekonomi, teknologi, keusahawanan, pemasaran, bisnes, dan freelancing.

Saya mula membaca di Medium  sejak tahun 2014 lagi tapi baru sekarang saya dapat tahu laman ini di halang di Malaysia.

Saya dapat tahu perkara ini pun masa bulan lepas apabila saya cuba nak akses laman ini menggunakan telefon pintar iphone 5S ( Geng Apple ) tetapi tiada apa yang muncul.

Dengan perasaan hairan dan pelik, saya cuba akses guna laptop, kemudian saya dapat tengok dan baca kandungan laman itu tanpa sebarang masalah.

Saya dapat akses ke laman ini hampir setiap hari sejak tahun 2014 adalah kerana laptop saya menggunakan DNS server yang lain dan tidak menggunakan tetapan auto.

Mesti korang  tertanya-tanya kenapa laman Medium di halang di Malaysia kan ?

Adakah ini laman yang bahaya sampai kena halang oleh suruhanjaya komunikasi multimedia malaysia ?


Bukan, bukan, bukan ( no, no, no ) !!


Sebab apa laman ini dihalang, panjang ceritanya kerana melibatkan unsur politik di Negara kita tetapi kalau nak baca juga sebab apa di halang, boleh cuba google kenapa di halang di Malaysia.

Kita tinggalkan unsur politik tu dulu dan fokus kepada bagaimana nak akses laman Medium ni. Saya berkongsi cara kerana pada pendapat saya laman ini mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang berguna terutama sekali kepada saya yang baru berjinak dengan bisnes.

Jadi saya rasa sangat rugi dan sayang sekali kalau ramai yang tak dapat baca dan ambil ilmu daripada laman ini kerana saya baca hampir setiap hari untuk tambah ilmu disamping berseronok sambil membaca.

Apa yang saya tunjukkan di bawah adalah tetapan pada komputer menggunakan sistem Windows 10 :


1.    Klik pada ikon Wifi yang  ada di bahagian kanan bawah skrin, kemudian pilih Network and Internet Settings.

2.    Tekan Change Adapter Setting.

3.    Klik kanan pada Wireless Network Configuration dan pilih Properties.

4.    Pilih pada Internet Protocol Version 4 dan tekan Properties.

5.    Masukkan tetapan seperti dalam gambar  di bawah. Selepas selesai tekan ok.


6.    Tutup browser internet dan clear cache. Selepas itu anda boleh akses ke laman medium.

Selamat mencuba dan selamat membaca.

You Might Also Like

0 ulasan