Jumaat, 9 Februari 2018

Laptop Asus Transformer Book T101HA 2 Dalam 1

Laptop Asus Transformer Book T101HA merupakan siri 2 dalam 1 yang mana boleh berfungsi sebagai laptop biasa bersama keyboard dan juga boleh berfungsi sebagai tablet mudah alih apabila kita asingkan keyboard daripada skrin.

Harga bagi sebuah laptop ini adalah dalam lingkungan RM 1100 sama dengan beberapa jenama lain seperti Lenovo Miix 320, Acer One 10, dan juga HP Pavilion X2 10.

Asus memperkenalkan model dengan tiga pilihan warna iaitu Glacier Grey, Rose Gold dan Mint Green. Kalau saya jadi untuk beli model ini, saya akan pilih model yang berwarna grey kerana tidak terlalu terang dan menyerlah seperti warna lain.



Model ini dilengkapi skrin bersaiz 10.1 inci paparan IPS dengan resolusi 1280 X 800. Skrin paparan IPS ini akan memberikan anda sedikit kepuasan apabila menonton video berbanding model lain yang sama harga dengannya. Malah ada sesetengah website yang review, skrin asus ini lagi cantik berbanding model keluaran HP.

Penggunaan bateri pula amat mengejutkan kerana laman web asus menyatakan laptop ini mampu bertahan selama 11 jam penggunaan. Maklum balas daripada pelanggan yang sudah menggunakan model ini mengatakan penggunaan mencecah 10 jam di dunia nyata.

Bagi saya tempoh penggunaan 10 jam dengan menggunakan bateri sangat menarik kerana anda masih mampu menyelesaikan kerja-kerja seharian jika tertinggal pengecas di rumah sewaktu menggunakan laptop ini.

Laptop ini didatangkan dengan hanya 5 port iaitu usb 2.0, micro usb, micro hdmi, micro sd, dan juga headphone. Kesemua port ini berada pada skrin laptop dan tiada tambahan usb port di bahagian keyboard.

Dengan hanya 1 usb port, ia akan membataskan penggunaan jika anda mahukan cas telefon dan dalam masa yang sama mahu sambungkan komputer ini ke printer atau peranti lain yang menggunakan usb port. Jika mahukan lebih port, anda terpaksa membeli usb hub yang lain.

Seperti model daripada jenama lain, model asus ini dikuasakan oleh pemprosesan Intel Atom X5-Z8350. Ini bukanlah pemprosesan paling laju yang anda boleh dapat di laptop ini dengan harga RM 1100 tetapi ia mampu menyelesaikan kerja seharian anda seperti menaip nota, balas emel, tonton video, dan juga melayari laman web.

Dari segi memori dan storan pula, kebanyakan model yang saya jumpa di Lazada dilengkapi 2Gb memori dan juga 32Gb storan. Walaupun saiz storan sangat kecil hanya 32Gb, anda boleh menambah saiz dengan membeli kad micro sd dan memang saya cadangkan anda tambah storan kerana selepas menerima update daripada Windows 10, tidak banyak ruang yang tinggal untuk pasang aplikasi lain.

Di bawah ini saya bagi kesimpulan ringkas mengenai kelebihan dan kekurangan laptop model ini.


Kelebihan :

- Bateri tahan lama, sekitar 10 - 11 jam penggunaan.

- Kecil, ringan, dan mudah di bawa ke mana saja.

- Skrin yang cantik dan jelas berbanding model lain, sesuai untuk menonton video.


Kekurangan :

- Saiz storan yang kecil hanya 32Gb dan memori hanya 2Gb.

- Tidak ada usb port tambahan di bahagian keyboard. Hanya 1 usb port sahaja.

- Speaker yang terletak di bahagian belakang menyebabkan bunyi terhalang apabila pegang dan menggunakannya sebagai tablet.

Baca pendapat saya mengenai Laptop Lenovo Miix 320.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails