Selasa, 22 Ogos 2017

Makan Malam di Old Malaya Kopitiam Shah Alam

Petang semalam Ernie ajak Makan Malam di Old Malaya Kopitiam Shah Alam dekat kawasan petronas seksyen 7. Ini bukan kali pertama saya pergi, kalau tak silap sudah masuk kali ke lima atau enam makan disini.

Saya pun terus setuju sebab dah lama tak makan kat sana. Lagipun sekarang dah hujung bulan dan ramai yang belum masuk gaji, jadi mungkin orang tidak ramai sangat keluar pada waktu malam.

Tekaan saya tepat kerana sampai sahaja di seksyen 7 memang suasana agak tenang walaupun baru pukul 08:10 malam.

Sampai di kopitiam saya tengok hanya tiga meja sahaja yang ada pelanggan, selebihnya kosong. Lepas pilih meja untuk duduk, saya order Mee Goreng Mamak Chicken Chop manakala Ernie pula order Mee Rebus.

Disebabkan tidak ramai orang jadi makanan kami sampai agak cepat. Seronok betul bila tidak perlu tunggu lama untuk makan terutama sekali masa kita tengah lapar. Tunggu sekejap terus makanan sampai atas meja.

Bila makanan dah terhidang diatas meja, tunggu apa lagi ? Terus la makan :




Walaupun dah banyak kali makan kedai ni, saya tak pernah cuba menu lain kerana saya memang suka menu mee goreng mamak chichken chop. Ernie pula setiap kali datang, setiap kali tukar menu. Nak mencuba katanya.

Lepas habis makan saya baru perasan semakin ramai yang datang ke kedai. Kalau awal tadi hanya empat meja yang ada pelanggan termasuk kami, sekarang rasanya dah bertambah lagi empat meja dan suasana bertambah meriah.

Selepas 10 minit habis makan,kami pun beransur pulang ke rumah. Makan malam hari ni sangat menggembirakan kerana menu yang sedap dan suasana yang agak tenang di kawasan sekitar.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails