Selasa, 12 April 2016

Selamat Bersara Ayah

Minggu lepas 7 April 2016 merupakan hari persaraan ayah yang telah berkerja berpuluh tahun dalam bidang pendidikan daerah Besut, Terengganu. Bila bersara sudah tentu akan ada majlis persaraan sama macam stail majlis kahwin cumanya pelamin kahwin tu tak ada, hanya bagi makan pada tetamu je.


Jadi pada hari yang penting buat ayah ni, aku dan isteri pun turut pulang ke Besut untuk sama-sama meriahkan majlis ni. Aku sebagai anak sulung tugasnya menyambut dan melayan tetamu yang hadir sambil berkenalan dengan kawan-kawan ayah. Mana tahu dengan bersembang dan berkenalan dapat masuk kerja sektor kerajaan masa hadapan. ki ki ki ki ;)


Majlis berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah tiada apa masalah sepanjang majlis cumanya hari agak panas membuatkan baju melayu yang aku pakai nampak basah akibat peluh dengan banyak. Apa pun jom tengok gambar suasana majlis persaraan ayah di bawah :



Ayah bersama tetamu vip yang sedang menunggu makanan dihidangkan.




Warga pengetua sekolah di daerah Besut sedang menikmati hidangan yang disediakan.




Jemput makan semua. Makan banyak-banyak nanti tak payah makan kat kedai dah.




Lepas semua dah kenyang, sesi bergambar pula.


Aku dan isteri pun nak bergambar jugak :)

Lepas majlis berlangsung, esoknya 8 April aku dah isteri dah kena gerak balik selangor sebab malam tu aku kena masuk kerja. Entah bila aku nak bersara pulak, baru 2 tahun kerja dah bosan.

Sekian...

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails