Khamis, 31 Mac 2016

Ice Bucket di AEON Shah Alam

Minggu lepas pergi layan Ice Bucket di AEON Shah Alam. Asalnya pergi majlis bertunang kawan kepada isteri aku. Macam biasa nak tak nak aku pun kena pergi sekali majlis tunang tu, at least dapat jugak makan percuma petang tu.

Jadi ni sedikit gambar sepanjang berada di majlis pertunangan kawan isteri aku tu. Apa pun tahniah kerana dah bertunang.





Lepas majlis tunang, isteri pulak ajak pergi ke Aeon shah alam. Katanya aeon baru buka dan besar. Tujuan pergi sana nak makan ice bucket. Apa tu ice bucket aku sendiri pun tak tahu masa awalnya. Kalau air batu campur atau ais kacang tu memang dah biasa makan tapi ice bucket ???



ice bucket aeon shah alam

firdaus life


ice bucket coklat

ice bucket aeon shah alam


Aku tak ingat berapa kali aku senduk dalam bucket tu tapi rasanya banyak jugak la tambah sebab sedap rasa strawberi dan coklat. Yang menarik dan tak sangka agak best adalah kombinasi biskut, corn flakes dan ais tu. Ingatkan tak sedap tapi agak seronok juga bila dimakan.

Sekian...

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails