Hujung Minggu Yang Panas
3:55 PTG
16 April 2016 Jatuh pada hari sabtu, iaitu hujung minggu tapi aku dan isteri hanya luangkan masa di rumah je sebabnya hari panas dan risau kalau banyak keluar nanti kena demam terutama sekali isteri aku yang mudah sangat jatuh sakit.
Jadi waktu yang sesuai untuk keluar adalah waktu malam. Biasanya aku selalu keluar lepas maghrib tapi takde keluar jalan jauh. Keluar sekadar makan malam dan ambil angin sambil tengok manusia lain je.
Aktiviti malam tu keluar untuk makan nasi ayam a.k.a Chicken Rice Shop dekat Subang Parade. Perancangan awal ingat nak makan sushi tapi awal bulan hari tu dah makan sushi jadi sebab tu kali ni pilih menu untuk makan malam sebagai nasi ayam.
Ada gaya macam orang nak ajak join bisnes MLM tak ?
Muka kelaparan tak sabar nak makan tu
Happy Firdaus is happy
Tajuk Buku : Aduh Pening, Aku Alergik Cinta. Errmmmm
Sayangnya lepas pusing punya pusing takde jumpa buku yang menarik minat pun. Banyak buku pelajaran sekolah dan novel-novel yang kurang menarik.
Lepas penat pusing, dalam pukul 10 malam aku dan isteri gerak pulang ke rumah untuk sambung rehat. Esoknya pula kena pergi melawat ke rumah nenek isteri aku.
Sekian...
1 ulasan
Diana : ig shop banyak yg jual lens mcm ni untuk fon. try la beli kak, nak tgk gak hasil camana nanti
BalasPadam