Khamis, 21 April 2016

Sara Hidup Dengan 2 Kerja


Hujung tahun lepas, status daripada seorang menteri ni telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia marah kerana bagi majoriti ia menunjukkan tahap hidup yang susah di negara ini kerana terpaksa melakukan 2 kerja untuk menyara hidup harian.

Bagi aku pula langsung tidak ada masalah dengan melakukan 2 kerja malah aku dah mula buat sejak dari zaman universiti lagi. 

Zaman Universiti

Masa belajar di Universiti Malaysia Perlis ambil ijazah dulu aku dah main blog sambil ambil upah bangunkan laman web secara asas. Masa tu dapat sedikit upah dalam beberapa ratus sebulan cukup untuk tampung dan berseronok hidup sebagai pelajar.

Belajar dan cari pendapatan sampingan macam tu aku lakukan banyak semester juga dan semuanya aku lakukan secara diam-diam tanpa diketahui kawan-kawan sekelas. Bila dah masuk semester akhir baru aku berhenti cari pendapatan sampingan kerana mahu fokus kepada projek akhir tahun.

Menganggur 6 Bulan

Lepas habis belajar dan dapat ijazah, aku menganggur selama 6 bulan kerana mahu berehat selepas 4 tahun belajar. Dalam masa 6 bulan tu, aku lakukan 3 kerja sampingan :

1. Jual Telefon Terpakai.

Aku jual telefon terpakai melalui laman web mudah. Aku masa tu menganggur tinggal di kampung di Besut dan hampir semua telefon terpakai aku jual secara COD di Kota Bharu. Hasil yang dapat takde banyak sangat lepas tolak kos minyak ulang alik, seminggu mampu dapat paling kurang rm 300. Cukup untuk makan minum waktu tengah mengganggur.

2. Jual Topup

Aku jual topup ni hanya di Masjid dan jual kepada budak-budak, pakcik-pakcik dan tabligh yang datang ke Masjid. Makcik aku ada buka kedai topup telefon secara sampingan dan dalam masa yang sama aku ambil bekalan dengan harga murah sedikit dan bawak pergi masjid hampir tiap hari pada waktu maghrib. Untung tak banyak jual topup ni hanya RM 50 seminggu tapi daripada tak dapat langsung baik dapat sikit kan ?

3. Jual Item Game

Aku pernah cerita dalam blog ni ( kalau  x silap ) sepanjang 6 bulan aku menganggur tu memang hampir sepanjang hari aku habiskan masa main game. Dari pagi sampai petang, lepas balik dari masjid lepas isyak sambung main game sampai subuh esoknya.

Game yang aku main ni dalam sebulan sekali akan ada sale item yang best seperti senjata limited edition, item, dan macam-macam lagi. Bila sale diorg tamat, pemain yang lambat akan teringin nak beli item tu tapi dah tak ada sebabnya tempoh sale dah tamat. Jadi mana-mana item yang diorang berkenan aku jual sampaikan profil game pun aku jual sekali. huhu

Zaman Kerja

Lepas 6 bulan menganggur akhirnya aku ditawarkan kerja di Ampang. Setahun lebih kerja di Ampang, aku langsung tak buat pendapatan sampingan. Bila fikir dan ingat balik rasa menyesal juga sebab Ampang yang berdekatan dengan Kuala Lumpur tu macam-macam boleh dijual. 

Masa awal 2015, waktu aku mula bercadang nak kahwin baru aku mula balik cari pendapatan sampingan melalui jual barang terpakai kat laman Mudah. 

Sekarang dah kahwin, aku beralih kepada kerja part time yang lebih menarik minat aku iaitu priting / cuci gambar polaroid. Buat masa ni aku teringin untuk tambah kerja lagi supaya menjadi 3 kerja tapi masih lagi mencari idea.

Bagi aku buat 2 kerja untuk sara hidup dah menjadi perkara biasa. Mungkin ramai yang merasakan agak susah dengan melakukan 2 kerja apatah lagi yang sudah mempunyai anak dan tanggung jawab keluarga.

Sekian.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails