Melawat Nenek Isteri
6:15 PTG
Semalam, Ahad 17 April 2016, aktiviti semalam adalah melawat nenek isteri yang berada di Klang. Nama kampung tu aku tak pasti tapi yang pasti memang di Klang. hu hu hu
Bertolak awal pagi dan perjalanan memakan masa dalam 40 minit untuk sampai dari Setia Alam. Sebelum sampai singgah di kedai tepi jalan dulu untuk bungkus makanan seperti nasi lemak dan lontong untuk sarapan bersama dengan nenek.
Banyaknya makanan dan kuih yang dijual.
Selamat bersarapan dan makan banyak-banyak ye ?
Lepas bersarapan, lepak di kat luar duduk di bawah pohon sambil memberi makan kepada kucing-kucing yang ada di sekitar rumah nenek. Banyak lagi sebenarnya kucing yang ada cuma yang 4 ekor dalam gambar di bawah ni je suka main dekat kami semua lepak.
Sebelum tengah hari, aku dan isteri gerak pulang ke Setia Alam. InsyaAllah akan melawat lagi nenek dalam masa yang terdekat.
Sekian...
0 ulasan