Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

12:24 PTG

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 online. Ini merupakan berita yang baik bagi pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ). Bermula pada 1 Januari 2017, para pelajar dibenarkan untuk berniaga dengan menikmati peluang pendaftaran perniagaan secara percuma  melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. 


Untuk pengetahuan korang, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) telah memperuntukkan geran RM 10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM 1 juta peruntukan bagi pelajar yang layak sahaja. Dengan adanya skim ni, pelajar IPT yang sedang atau bercadang memulakan perniagaan online boleh dapatkan sijil pendaftaran perniagaan SSM secara percuma.











Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, cepat sambut seruan kerajaan yang menyarankan pelajar IPT memulakan perniagaan ketika masih belajar. Masa aku belajar dulu, takde rasa nak berniaga. Hanya ada buat part time servis komputer dan buat beberapa laman web. Bila dah start kerja ni baru rasa nak ada bisnes sendiri dan jadi bos sendiri.


Syarat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan :

1) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

2) Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara.

3) Hanya satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini.

4) Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan

5) Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.


Bagi melaksanakan skim ini, proses pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

a) Kad Pengenalan;

b) Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan

c) Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Selamat memohon diucapkan kepada para pelajar dan jangan lupa untuk memberitahu berita ini kepada adik beradik atau saudara mara yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT.

You Might Also Like

0 ulasan