Rabu, 25 Januari 2017

Penangan Dari FB Ads

Minggu lepas aku pertama kali mencuba pengiklanan di facebook yang dikenali sebagai fb ads. Orang lain yang buat bisnes dah lama guna servis ni tapi aku baru nak cuba iklankan Detik Instax.

Jadi disebabkan ni kali pertama, bajet yang aku sediakan adalah paling rendah yang ditawarkan iaitu sebanyak RM 6. Dengan modal serendah RM 6 ni, kempen / iklan akan berjalan selama 2 hari.

Secara purata iklan aku ni hanya menelan belanja RM 3 je sehari. Takde mahal sangat kan ? 

Jadi dengan RM 6 ni apa hasilnya ? 

Adakah dapat banyak like ? 

Dapat banyak sales ? 

Dapat banyak engagement ?

Jom tengok screenshot di bawah :


Hasilnya, seramai 1287 orang tengok iklan dan seramai 190 orang memberi respon dengan like atau klik iklan yang ditayangkan. 

Iklan ni aku target hanya kepada kaum wanita yang berumur 15 - 25 tahun. Biasanya golongan wanita lingkungan umur ini la yang berminat dan banyak order serta cuci gambar polaroid. 

Iklan ni juga aku target kepada wanita yang berada di 4 bandar utama iaitu KL, Penang, Johor Bharu, dan Selangor. 

Dari segi jualan pula, sepanjang iklan ni berjalan sehingga habis tempoh iklan, jumlah order yang diterima makin bertambah terutama sekali Pakej A sebab iklan yang running ni memang menunjukkan pakej A. Selain tu ada juga bertambah order pakej Kalendar.

Aku akan teruskan lagi mencuba dan eksperimen dengan pengiklanan FB ni. Modal untuk bulan Januari ni tak banyak pun untuk iklan tapi insyaAllah mampu dapat jualan yang baik. Next iklan akan run selepas perayaan Tahun Baru Cina minggu hadapan.

Comments
3 Comments

3 ulasan:

IK Tia berkata...

wahhh. macam baguslahhhhh. sebab sebelum ni takde pengalaman lagi pasal ni. takut nak mencuba actually.

Muhd Firdaus berkata...

Tia : sama la takde pengalaman jugak sebelum ni. saja mencuba nak tengok hasil macam mana.

IK Tia berkata...

tu la pasal sebab takut mahal ke, tak menjadi ke. tapi ni ada review. boleh cuba lak lepas ni.

 
Related Posts with Thumbnails