Bayar Saman MBSA Melalui CIMB Clicks

3:56 PTG

Bayar Saman MBSA Melalui CIMB Clicks. Tengah hari tadi aku pergi bank nak masukkan duit. Lepas parking kereta, aku tak gores kupon parking sebab jangka urusan dalam 5 minit je... 5 minit mana sempat nak saman, ye dak ? 

Lepas masukkan duit dalam masa 3 minit, keluar je dari bank nampak pegawai MBSA tengah selitkan tiket saman kat viper kereta. HAHAHA. Tak pasal-pasal kena saman kerana gagal mempamerkan kupon letak kereta yang sah dengan jelas.





Alang-alang dah kena saman, jom bayar. Bagi pengguna cimb clicks, boleh ikut langkah-langkah di bawah. Pengguna maybank2u pergi tanya tempat lain macam mana nak bayar saman :

1. Pergi ke laman web cimb clicks di http://www.cimbclicks.com.my/

2.  Masukkan username dan password anda.

3. Selepas itu di bahagian kiri ada tulis Pay and Transfer. Klik pada menu itu.

4. Pilih JomPAY :


5. Masukkan Biller Code yang ada ditulis pada kertas saman anda. Selepas itu masukkan Ref 1 dan Ref 2. Ref pun kena tengok pada kertas saman.


6. Jangan lupa masukkan jumlah amaun yang perlu dibayar.

7. Lepas masukkan nombor TAC dan status successfull, tahniah anda telah berjaya bayar saman.

p/s : Lain kali guna kupon walaupun nak parking sekejap je.

Segala pertanyaan boleh join di group telegram saya : Internet Malaysia

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Kalau bayar guna jompay, still boleh kan bayar amaun rm10 dalam masa 24 jam tu ? Ke kena bayar ikut jumlah lebih 24 jam tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lebih 24 jam. kena bayar mahal walaupun ikut jompay. Hanya kurang 24 jam RM 10.

      Padam
  2. No kompaun yg mana ya? 😅😅

    BalasPadam
  3. No kompaun yg mana??

    BalasPadam