Selamat Pagi 11 Mac 2016

10:02 PG

Selamat pagi. Tiba-tiba hari ni hati rasa nak jenguk blog. Rupanya post terakhir aku adalah pada bulan November 2015. Dalam 5 bulan jugak la blog ni terabai tanpa sebarang post dan juga kemasan. 

Sepanjang 5 bulan lepas banyak juga benda besar berlaku dalam hidup tapi sayang tak update dekat blog ni. InsyaAllah kalau free aku akan cuba update dan kongsi apa yang menarik sepanjang 5 bulan lepas.

Pagi ni buat keputusan untuk update sikit dan buat beberapa kemasan susun atur kat blog ni. Biasanya tiap tahun aku akan tukar tema warna blog ni tapi sekarang dah agak malas nak tengok kod template dan edit sebab makan masa dan juga penat mencari warna tema yang sesuai. Biar je la guna tema warna oren ni sampai bila-bila.

Hari ni jumaat dan aku offday dari semalam. Esok sabtu dah kena masuk kerja. Walaupun hari cuti kerja tapi aku selalu tak ada plan untuk keluar jalan-jalan. Aktiviti pagi adalah siram pokok dan juga sarapan. 


Lepas siram pokok biasanya aku sambung buat kerja edit dan cuci gambar sambil dengar lagu. 
Tengah hari baru mula keluar untuk cari makan ataupun sekadar nak hilangkan bosan.

Nantikan post yang seterusnya. Aku akan cuba kembali update blog ni sekerap mungkin ( dulu pun janji macam ni tp terabai jugak. hehehe )

Akhir sekali nak pesan jaga kesihatan baik-baik. Sekarang ni cuaca sangat panas dan ramai yg terkena strok haba. Sila banyakkan mandi dan minum air suam.

You Might Also Like

0 ulasan