Selasa, 22 Mac 2016

Jalan Jalan Pulau Pinang Lagi

Jalan Jalan Pulau Pinang Lagi ni cerita lama tapi takde lama sangat. Kalau tak silap hujung febuari 2016 hari tu pergi sana. Motif pergi sana tak lain tak bukan hanya untuk makan dan ambil angin sekejap.

Pergi sekejap jer, awal pagi gerak dari Setia Alam, Selangor dan nak dekat waktu rehat tengah hari dah sampai pinang untuk makan nasi kandar. 




Lepas perut kenyang dengan nasi kandar, pergi ke pantai Batu Feringghi pula untuk cuci mata dan main air macam kanak-kanak riang.






Penat main air di pantai, pergi ke kawasan empangan pula. Apa nama empangan tu pun aku dah tak ingat tapi pergi sekadar untuk ambil gambar dan bersantai.






Petang sikit dan perut pun dah lapar terus pergi ke kawasan Padang Kota untuk cari makan. Kat sana aku makan mee goreng sotong tapi sayang tak ada gambar nak tunjuk sebab tengah sibuk makan sampai lupa untuk ambil gambar.

Dalam pukul 6:30 petang terus gerak balik dari Pulau Pinang sebabnya malam tu aku kena masuk kerja pukul 11 malam. 

Harap lain kali dapat luangkan masa lama sikit kat Pinang ataupun lajak terus ke Langkawi. Yang tu mungkin akan plan lain kali. Sekian.
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails