Tumblr Atau Blogspot

10:35 PTG

Ada seorang girl tanya aku mengenai platform blogging yang mana sesuai untuk dia gunakan. Mulanya aku baru nak cadangkan kat dia Wordpress tapi dia dah potong dulu line aku dengan pilihan Tumbr atau Blogspot. So kalau korang di tempat aku, yang mana satu korang akan cadangkan kepada dia ? Atau korang suruh dia buat kat 2 platform tu kasi senang sikit ? Lepas dengar kriteria yang dia mahu ada kat blog dan apa yang dia mahu lakukan dengan blog tersebut, aku cadangkan dia buat blog menggunakan platform Tumblr.

Kenapa Tumblr ? Kenapaaaaa ? First dia mahukan sesuatu yang cantik dan simple and yes Tumblr merupakan platform blogging sangat cantik. Trust me kalau korang blogwalking menggunakan Tumblr, korang akan jumpa banyak blog yang simple dan cantik terutama sekali yang berkonsepkan Minimal dan juga kategori Arts. Pada pandangan aku sebagai seorang blogger, Tumblr memang sangat sesuai untuk dijadikan blog utama pada sesiapa yang mahu cuba alternatif lain selain daripada blogspot.


So Tumblr cantik dan simple. And.... ape yang menjadikan ia cantik dan simple ? Jawapannya adalah theme. Memang tak dapat dinafikan bahawa kebanyakan blog yang ada sekarang ni nampak cantik disebabkan themes dan layout yang dimiliki dan blogspot juga tidak terkecuali. Tapi konsep theme dan layout yang ada pada Tumblr itu menjadikan ia platform yang sangat unik berbanding platform blogging yang lain dan berjaya menarik ramai orang untuk menggunakan Tumblr sebagai medium blogging yang utama.

Selain penampilan yang cantik, turut ada fungsi seperti widget follow, mesra search engine dan senang untuk handle blog. Walaupun kita rasa blogspot ni lagi senang untuk handle tapi sebenarnya ia agak leceh kalau nak dibandingkan dengan Tumblr. Tumblr tak perlu bloglist kerana ia akan paparkan latest post daripada blog yang kita follow pada Dashboard yang mana sama seperti Dashboard blogspot. Hanya login dan update, simple dan tak perlu banyak benda yang kena urus dalam 1 blog.


Keburukan Tumblr

Jangan fikir aku asyik duk puji kat atas bermaksud Tumblr ni takde keburukan. Kalau korang suka main Twitter, mesti korang tahu fungsi ReTweet kan ? Fungsi macam tu pun ada kat Tumblr dan ia dikenali sebagai ReBlog maksudnya kita publish balik post orang lain. Bukan copy paste cuma kita republish. Tapi bagi aku ia nampak macam copy paste pasal semuanya nampak sama. 

Antara sebab aku tak suka fungsi ReBlog ni adalah ia menunjukkan korang kekeringan idea untuk update post. Kalau twitter tu tak kisah la nak ReTweet semua yang ada kat Time Line sebab twitter ni lebih kepada sosial. Tapi kalau kat blog korang dipenuhi dengan post yang ReBlog, fikir balik dimana buah idea korang yang original. Takkan asyik nak cedok dan publish buah idea orang lain.

Aku faham ramai pengguna Tumblr suka share / ReBlog sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan juga quote dan ianya tak salah pun. Cuma bagi pendapat aku, kalau dah 1 blog tu dipenuhi dengan ReBlog, baik fikirkan balik apa tujuan blogging sebab dah tiada keaslian dalam blog macam tu. At least paling kurang pun datang la dengan buah idea diri sendiri untuk update blog walaupun semminggu sekali. Berbaloi tengok blog hasil buah fikiran kita sendiri berbanding idea orang lain lebih-lebih lagi blog personal.


You Might Also Like

11 ulasan

  1. yeaaa .. tumblr .. baru ada .. haha .. dan tak sangka kita terjumpa d sana :)

    BalasPadam
  2. bila tengok tumblr kawan, semuanya reblog.. persepsi aku masa pestime tengok tumblr, blog tumblr ni just mcm twitter. sekadar tempat kumpulkan ayat best2, dan kebanyakannya reblog..

    BalasPadam
  3. yep memang banyak reblog. tapi x salah kalau kita ikut flow cara lain seperti cara blogspot.

    BalasPadam
  4. tumblr n blogspot sy ada tp sy lebih prefer blogspot :)

    BalasPadam
  5. bagi aku, tumblr ni just tempat nak kumpul benda2 menarik yang kita jumpa kat internet... :)

    BalasPadam
  6. leysa : same la. cuma kadang2 seronok guna tumblr

    gary : x semestinya juga bro. banyak fungsi lagi cuma orang kita je banyak kumpul mcm tu kat tumblr

    diana : sebab dah biasa dengan blogspot

    azri : ade tp personal stuff :D

    BalasPadam
  7. pada aku reblog ni okey je. identiti tumblr berbanding platform2 lain. boleh dapat inspirasi yang best2 dari orang lain. konsep macam share fb jugalah. tumblr aku lama dah tak update. malas giler. haha

    BalasPadam