Perkembangan Anak Saya Elena Maisara
11:50 PGSalam. Ni tulisan pertama saya pada tahun 2019. Lama betul tak update blog ni sebab sekarang saya lebih suka dan fokus kepada buat video. Lagipun memang azam pada tahun 2019 saya nak tumpukan lebih sedikit kepada video dan bisnes print gambar polaroid.
Tapi takpe yang tu kita cakap pada masa depan kalau berkesempatan kemaskini blog nanti. Kali ni saya nak cakap pasal perkembangan anak saya iaitu Elena Maisara. Pada 27 April 2019 nanti, anak saya akan berumur 1 tahun 4 bulan.
Rasa cepat betul dah umur lebih setahun. Macam baru je 3 - 4 bulan lepas sambut kelahiran dia kat hospital. Bila umur dia cecah 1 tahun, dah banyak perkembangan positif yang dia alami dan saya bersyukur sangat kerana anak saya berada dalam keadaan sihat sejahtera tanpa sebarang sakit setakat ini.
Paling kritikal sakit yang dia alami adalah demam kerana nak tumbuh gigi dan juga 2 kali sakit perut sepanjang 1 tahun 3 bulan ni. Perkembangan positif yang saya nak kongsikan disini adalah anak saya sudah mula pandai berjalan sejak 11 bulan.
Bila dah pandai berjalan sekarang ni, pergi ke mana-mana mesti dia minta turun dari dukung dan nak berjalan sendiri. Kalau tempat tu tak ramai orang dan agak lapang, saya dan isteri akan lepaskan dia berjalan sambil ikut rapat di belakang dia.
Lagak dia bila dah boleh berjalan memang dah tak ingat dunia. Berjalan je tak tengok dah mana mak ayah dia, sebab tu kena ikut rapat kalau dia berjalan takut dia hilang daripada pandangan.
Setakat ni Elena belum pandai bertutur lagi. Ada beberapa perkataan yang saya dan isteri ajar dia sebut. Bila ajar dia sebut " Ayah ", dia pergi sebut " Atah ". Perkataan " mummy " pula dia sebut sebagai " mama "
Walaupun dia masih belum boleh bertutur tapi dia suka bercakap contohnya dia selalu sebut Da da da da, dan macam-macam bunyi lagi yang saya sendiri tak faham maksudnya. Bila Elena bercakap, saya dan isteri selalu balas balik percakapan dia supaya dia cepat mahir bertutur dengan betul.
Elena juga suka makan banyak macam saya. Selera dia lebih kepada western macam pasta, buttermilk chicken, dan juga roti. Kalau kena dengan selera dia, memang dia akan makan dengan banyak. Elena pun suka makan nasi ayam. Masa mula-mula bagi dia rasa nasi ayam tu, muka dia memang layan habis seronok makan sampai nak habis 1 pinggan mangkuk orang dewasa.
Disebabkan dia suka makan banyak, sekarang berat badan dia dalam 11kg. Namun berat dia masih lagi terkawal dalam graf bmi dan sekarang ni walaupun dia makan banyak, berat dia susah naik disebabkan dia sudah rajin berjalan.
Salah satu perangai yang buat saya geram dengan Elena adalah perangai dia yang suka mengemas. Sebenarnya bukan mengemas pun tapi sepahkan barang. Bila dia nampak saya atau isteri sedang kemas lipat baju, atau susun mainan dia, atau buat apa saja yang berkaitan dengan berkemas, Elena akan datang dan sepahan semula.
Rasa geram je tengok dia sepahkan balik apa yang dah dikemas tapi bukan geram nak marah, geram nak gigit tangan dia yang gemok tu. hahahaha. Siapa yang dah ada anak mesti faham perasaan ni kan ?
Gigi Elena pun dah banyak yang tumbuh. Dulu daripada takde gigi langsung kepada 2 batang, Sekarang dah kat gusi atas ada 8 gigi manakala kat bawah pula ada 4 batang gigi. Bila gigi dah banyak, masa suap makanan nanti pasti dia akan gigit kat jari saya. Geram betol !!
Rasanya setakat ni sahaja dulu saya tulis mengenai perkembangan anak saya Elena Maisara. Nanti bila ada masa lagi saya akan tulis lagi perkembangan dia kat sini. Terima kasih kerana sudi membaca.
4 ulasan
besar dah dia. comey. suka tgk eny dok post pasal Elena ni.
BalasPadamhehe mak dia la kerap update kat ig story.
PadamTahniah Freaky... lama x buk blog tdk dh ada bby dh
BalasPadamterima kasih. hehe lama x update kat blog ni.
Padam