Hidangan Buffet Ramadhan Hotel Concorde Shah Alam

9:40 PG

Sekarang sudah masuk hampir pertengahan bulan ramadhan dan kalau anda masih lagi mencari tempat ekslusif dan sesuai untuk berbuka puasa, saya cadangkan anda pergi sahaja ke hotel concorde shah alam kerana ia menawarkan Hidangan Buffet Ramadhan yang menarik dengan bertemakan Selera Warisan Kanda Dinda.


Pada tahun ini, hotel concorde shah alam menawarkan banyak menu menarik yang pasti dapat membuatkan sesi berbuka puasa anda menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Antara hidangan yang mampu mengisi perut lapar anda adalah Sup Gearbox, Nasi Hujan Panas, Kuih Muih Tradisional, Kek, Satay,  dan banyak lagi.

Bagi peminat Kari Kepala Ikan pula, anda jangan lepaskan peluang berharga untuk mencuba sendiri makanan kegemaran di sini kerana ia turut ditawarkan dalam hidangan buffet. Bagi anda yang ingin mencari sedikit kelainan, turut disediakan hidangan Kambing Bakar berserta sos Black Pepper yang boleh menaikkan lagi selera sewaktu berbuka puasa.



Harga Buffet Ramadhan yang ditawarkan bermula pada RM120 seorang (dewasa). Setakat ini, promosi yang ada merupakan tempahan tiga hari akhir Ramadan, harganya RM100 seorang (dewasa). Kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun pula, terdapat diskaun sebanyak 50%.

Kalau tadi harga untuk berbuka puasa, sekarang mari kita lihat harga bagi sesi bersahur pula. Harga yang ditawarkan adalah RM RM49 (seorang). Waktu bersahur adalah pada jam 3.30 pagi sehingga 5.30 pagi setiap hari.

Saya nak bercerita panjang lebar pun tak larat kerana banyak sangat hidangan yang ditawarkan. Jom kita tengok antara gambar-gambar makanan yang ada yang pasti boleh membuatkan anda kelaparan untuk berbuka puasa disini.















Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui telefon ke 03-5520 8000 atau melalui laman web shahalam.concordehotelsresorts.com.

Saya ucapkan terima kasih banyak2 kepada pihak Concorde Hotel shah alam kerana sudi jemput saya untuk merasa dan mencuba sendiri Buffet Ramadhan kali ini. Harap dapat ada lagi event macam ni di masa akan datang.

You Might Also Like

0 ulasan