Hidangan Sempena Krismas 2018 Di Hotel Concorde Shah Alam
3:55 PTGHidangan Sempena Krismas 2018 Di Hotel Concorde Shah Alam. Pada 21 November 2018 yang lepas saya telah dijemput hadir ke food review event untuk mencuba sendiri menu masakan yang diperkenalkan sempena musim krismas dan sambutan tahun baru 2019.
Bagi yang menyambut perayaan krismas dan bercadang untuk sambutan tahun baru, anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai menu dan hidangan menarik yang hanya boleh didapati di Melting Pot Cafe ini. Lagi menarik dan meriah kalau hidangan ini dinikmati bersama keluarga dan juga orang tersayang.
Harga hidangan sempena Christmas Eve Buffet Dinner ini adalah RM 120 setiap seorang dan kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun serta warga emas akan menikmati diskaun sebanyak 50% dan juga 30%.
Antara menu yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Menu pertama yang dihidangkan adalah Chicken Liver Pate and salmon with caviar. Hiasan di atas pinggan nampak menarik dan Benda pertama yang saya makan adalah salmon. Rasanya sedap kerana saya memang sukakan salmon dan salmon juga rasa segar.
Chicken liver pate pula bagi saya biasa saja sebabnya saya tak berapa suka dan tak selalu makan chicken liver. Mungkin kalau ada penggemar chicken liver mereka akan gembira dengan menu ni.
Seterusnya menu kedua pula dinamakan Pumpkin Butternut Soup. Soup ini dimakan bersama butter garlic bread. Mulanya saya tak perasan rasa pumpkin tu bila makan dengan roti tapi selepas roti habis dan saya hanya hirup sup tu baru sedar rasa pumpkin tu muncul.
Rasanya sedap, manis, tidak terlalu berlemak. Bagi aku agak menarik kerana ni kali pertama cuba combinasi garlic bread dan pumpkin soup. Sebelum ni hanya makan bersama mushroom soup sahaja.
Menu ketiga iaitu main course pula dinamakan Seafood lasagna, saute brussels sprout. Lamb shank with black pepper sauce, yorshire pudding, and salmon with cream butter sauce.
Seafood lasagna rasanya berlemak dan sedap tapi saya rasa ada banyak bawang. Lagi best dan power saya rasa kalau banyak seafood dalam ni.
Lamb with black pepper pula rasa daging kambing yang agak lembut dan black pepper yang sedap. Rasa seimbang antara daging dan juga black pepper tu.
Salmon cream butter sauce pula aku takde komen. Saya suka salmon mentah dan saya suka salmon yang tidak terlalu garing. Salmon dan cream butter memang best.
Lepas sesi makan-makan. Kami berbual bersama dan berkongsi banyak idea. Sebelum balik kena la bergambar dulu dengan otai-otai. Di bawah ni ada beberapa gambar yang boleh jadi santapan korang :
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui telefon ke 03-5520 8000 atau melalui laman web shahalam.concordehotelsresorts.com.
Saya ucapkan terima kasih banyak2 kepada pihak Concorde Hotel shah alam kerana sudi jemput aku untuk merasa dan mencuba sendiri menu krismas 2018. Harap dapat ada lagi event macam ni di masa depan.
0 ulasan