Laptop Lenovo Miix 320 2 dalam 1

12:05 PG

Laptop Lenovo Miix 320 2 dalam 1 merupakan salah satu model yang saya tengah survey buat masa sekarang. Ia dikatakan sebagai 2 dalam 1 kerana boleh berfungsi sebagai laptop dan pada masa yang sama juga boleh berfungsi sebagai peranti tablet.

Maksud yang lebih jelas adalah kita boleh cabut dan asingkan skrin laptop ini dan gunakannya sebagai tablet mudah alih.

Pada harga lebih kurang RM 1100, laptop ini sesuai untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja terutama sekali golongan yang terdiri daripada pelajar sekolah dan pelajar universiti.


Saya berminat dengan model ini kerana ianya kecil dan mudah dibawa berbanding laptop lama yang saya miliki. Saya kata kecil kerana ia mempunyai skrin bersaiz 10.1 inci dengan resolusi HD (1280 X 800)

Dengan saiz kecil dan mudah alih, komputer ini sesuai untuk dijadikan sebagai peranti sampingan untuk menonton cerita di dalam bilik tidur dan juga bersantai di ruang tamu.

Salah satu perkara yang paling menarik bagi laptop ini adalah jangka hayat penggunaan bateri. Laman web Lenovo menyatakan bateri laptop ini mampu bertahan selama 10 jam penggunaan bergantung kepada aplikasi dan tahap penggunaan.


Sesetengah laman web yang membuat review laptop ini mendapati jangka hayat bateri laptop ini boleh bertahan selama 9 jam lebih. Pada pendapat saya 9 jam sudah cukup lama dan sesuai  digunakan untuk menyiapkan kerja seharian.

Laptop ini dikuasakan oleh pemprosesan Intel Atom X5-Z8350. Walaupun pemprosesan ini tidak akan memberikan kuasa yang paling laju berbanding laptop lain, tapi ia mampu menjalankan kerja-kerja urusan seharian anda seperti menonton video, membalas emel, dan melayari web.

Jika saya beli laptop ini, saya akan gunakan sebagai tempat untuk edit gambar polaroid kerana laptop lama saya agak besar dan berat menyebabkan agak susah untuk dibawa ke mana-mana.

Kekurangan utama laptop ini bagi saya adalah saiz storan yang kecil iaitu hanya 32 Gb. Dengan saiz storan yang kecil, pembeli dinasihatkan untuk menambah storan dengan membeli kad micro sd.

Kalau tetap juga mahu gunakan storan saiz 32 Gb ini, saya bimbang selepas menerima windows update, tidak banyak ruang yang tingggal untuk memasang aplikasi yang lain. Di bawah ini saya bagi kesimpulan ringkas mengenai kelebihan dan kekurangan laptop model ini.


Kelebihan :

- Bateri tahan lama, sekitar 9 jam penggunaan.

- Kecil, ringan, dan mudah di bawa ke mana saja.

- Mempunyai port usb di bahagian kiri dan kanan keyboard.

- Speaker yang agak ok pada harga yang murah dan sesuai untuk menonton video.


Kekurangan :

- Saiz storan yang kecil hanya 32Gb dan memori hanya 2Gb ( Ade penjual di Lazada yang menjual model dengan memori 4Gb ).

- Keyboard yang kecil dan agak sempit untuk menulis bagi pengguna yang mempunyai tangan besar.

- Kamera belakang 5mp yang tidak cantik.

Ini adalah sedikit sebanyak kelebihan dan kekurangan yang saya dapati pada laptop ini. Saya akan teruskan lagi survey laptop model lain seperti Acer, Asus dan juga HP yang berada pada paras harga yang sama.

Baca pendapat saya mengenai Laptop Asus Transformer Book T101HA


You Might Also Like

0 ulasan